Thursday, August 21, 2014
simptom2 semasa mengandung
entry kali ni nak share pengalaman aku sendiri nak hadapi segala alahan2 dek kerana perbuatan suamiku ini! wakaka! masa baru dapat tahu aku mengandung, kandungan baru usia 5 minggu. so aku pun heran dgn keadaan badan diri sendiri sbb aku rasa segar bugar dan cergas spt org x mengandung! makan selera je, apetah lagi mual2 segala tu mmg xde. aku risik2 dgn mak aku, ohhh rupanya mak aku masa mengandungkan kami adik beradik mmg xde alahan langsung. masa tu happy x ingat sbb yeahhh xpyh ade morning sickness, day sickness dan segala ness2 di blkgnya! mihmihmih!
confident kemain aku masa tu yg kunun2nya aku xkan ada alahan lgsg! no ina no!!! sangkaan kau tu meleset sama sekali! wahahaha gelak sambil kesat air mata. masuk je minggu ke 6, jeng jeng jeng! datangla segala sickness yg ditunggu2 oleh ibu2 mengandung, eh yeke ditunggu2? haha! so ini simptom2nya:
1) LOYA-LOYA
aku paling2lah x tahan part loya2 ni! seyes uolss aku ckp, kau bygknlah kau rasa loya all the time? sampaikan nak mkn ke nak minum pun rasa takut kot2 kang mkn muntah. haaa masa ni jenuhla aku dok setiap masa sapu je vick kat perut dan dada aku! pastu ketagih jap bau vick! ari2 toyoh vicks kt hidung! pakai perfume pun masa tu dah x berguna sbb in the end org akan bau vicks kau lg kuat! sob sob! masa awal2 pregnant loya tu just loya jela, blm tahap loya terus muntah. skrg... hurmmmmmm! kemain panjang hurmm aku so phm2 sendiri jela kenapa! mihmihmih
2) PERUT ANGIN
before aku dpt tau aku mengandung, aku asyik terkentut je! hahaha! byk gila babas angin dlm perut ni, after dpt tau pun until now mmg perut byk angin. skrg usia kandungan aku dah 14 minggu lagi dasat angin ni bermaharajalela! skrg mmg xblh biarkan perut kosong, beranilah nak biarkan perut kosong. mmg lps tu muntah jela kerja aku! mkn muntah, mkn muntah! seksa lahai rasa kdg2 tu.
3) MUNTAH-MUNTAH
aku nak taip part yg ni pun rase ngeri! mihmihmih! aku ni punya perangai suka lambat2kan mkn, atau senang kata waktu mkn aku x menentu. kdg2 breakfast aku mmg kelaut, wakaka! pukul 2 atau 3 baru nak breakfast+lunch. dinner tgh2 mlm baru nk terhegeh2 mkn, so mmg aku ni ada penyakit gastrik. bila dah mengandung ni, manalah nak tau kan x boleh biarkan perut kosong? bila x mkn, pastu masuk je makanan. haa kau tunggu stgh jam lps tu, hazab! mmg perut bergelora2 mcm ombak tsunami, adoii menahan jela kalau dah dtg penyakit nak muntah ni. tapi sebenarnya mana blh tahan? x boleh beb.. x lalu nak tahan, mcm cacing kerawit aku x senang duduk kalo da kena camni. in the end muntah jgkkk! keluar segala makanan2 yg aku makan masa tu. sob sob sedihkan cite aku? mihmihmih
4) BENDA YG DULU SUKA SKRG NO MORE!
aku mmg kalo mkn kena mkn nasi kalo nak btl2 kenyang! tekak ni tekak kampung ckt! bila da pregnant, mmg x lalu tgk nasi. seolah2 nasi tu mcm musuh besar aku! hahaha! makan nasi ckt muntah, tgk nasi kepala dah pusing2. adelah one time tu aku mmg lapar nasi, tekak nak mkn sgt. so mak aku masakkanla mcm2 lauk fevret aku. masa mkn selera je, x lama pastu hurmmm muntah. trs hlg selera ape sume. dek krn simptom muntah2 ni jgklah aku sampa menangis kesyahduan mengada2 sbb x larat mkn asyk muntah. laki aku pn naik panik!
5) SAKIT PINGGANG
skrg mmg da start sakit2 pinggang, nak bgn pun rasa nak menangis sbb sakitnya lahai pinggang ni. then mak mertua aku pesan jgn ketuk2 pinggang tu kalo sakit, urut je. ni baru sakit sikit, haa tunggu da nak bersalin nanti. glupppp!! menitik2 peluh aku dengar, seram wehh! huaaaa =(
6) TERINGIN KE MENGIDAM
aku konfius aku ni kategori teringin ke atau mengidam! haha! sebab dari pemahaman aku lah kan, kalo mengidam kita akan nak benda tu sampai dapat kalo x dpt kau meroyan, haa gitula kaedahnya! btl ke salah tanggapan aku ni? dari pengalaman aku yg baru mgandung 3 bulan ni, so far xde lagilah nak makan sesuatu bila x dpt meraung2. haa xde2.. aku jiwa kental. kalo aku nak sesuatu tp xdpt atau xde, aku masih cool. blm lagi tahap balik rumah teringat2! hee belum2.. so aku kategorikan diri aku sbg teringin gedik2 je. hihihi ngade angat! mihmihmih *gelak tutup mulut*
so itu shjlah simptom2 dari pengalaman aku sdri, bajet kunun2 da mengandung 8 bulan gamaknya aku ni bercerita! muahaha! xpelah yg penting aku nk share jgk, atleast korg ley ler dpt serba sdkt information. kan kan kan? ohh ye, so far mood aku masih terkawal sepanjang pregnant. kan ade org kata kalo pregnant kau akan lbh sensitif. hurmmm tapi aku xde lagilah skrg, xtaula da sarat nanti ke mgade2 lebih dgn asbend. Eh tp bab ngade2 aku mmg iye! kihkihkih! bila pening kepala 'B....syg skt kepalalah' sambil buat muka x larat minta diurut! muahaha tu taktik aku korg jgn tiru! =p
ok jumpa next entry pulak ye! assalamualaikum =)
saat2 dapat tahu sudah pregnant! =)
Last entry yg aku update adalah tahun lepas, haishh mmg aku ni pemalas nak update tahap Ya Rabbi. harini saje update coz nak share my very first time dapat tau pregnant! ok excited! so ceritanya mcm ni.. btw aku baru je berkawin pada 3 may 2014, baru je 3 bulan lebih usia perkawinan aku. baru sgtt ok.. alhamdulilah akhirnya dgn izin Allah Taala aku selamat dinikahkan dgn kekasih hati. cewaahh! so mcm biasalah kehidupan after kawin, kalau dah kawin tak pikir psl nak ada baby mmg tak sah! haha aku lah tu salah sorgnya. so kiranya aku ni digelar bunting pelamin la ni. mihmihmih
lepas je balik dari honeymoon 2 hari selepas kenduri belah aku, aku dtg bulan. masa tu mmg da agak da akan period sbb mmg ni time2 dia nak dtg pon. hbs je period aku trs x sabar2 nak conceive baby! kau nmpk x betapa gelojohnya aku nak ada baby? haha! walhal x sampai sebulan kawen pun lagi. masa tu aku lah pakar google, google sana sini tgk cara2 nak conceive! excited kata kau, ari2 google tau! haha bila ingat blk lawak lah pulak. x nyempat2! so gigihla berusaha plus tawakal kpd Allah jika rezeki dtg cepat aku terima je dgn gembira.
so nak dijadikan cerita, 2 minggu selepas period aku dah mula rasa x sedap2 badan! aku ni jenis yg susah sekali nak demam! so bila bdn x sedap2 ni aku dah mula rase pelik, x sedap badan tu lain macam. bukan rasa mcm nak demam tapi eh rase lainlah susah nak explen. kihkihkih! selain dr rasa x sedap badan yg paling ketara buat aku rasa aku pregnant adalah aku rasa mengah2! kau bayangkan sepanjang aku hidup aku hanya rasa mengah kalau aku baru lepas berlari of course lah kan, then naik tangga bertingkat2! tapi kali ni masa nak solat pun mengah alahai, masa qiam pun nak baca fatihah tercungap2 aku! so of course la sbg naluri seorang wanita yg kudus spt aku, mihmihmih akan rasa sesuatu yg pelik! dalam hati dah rasa Eh aku pregnant kot? pastu cpt2 sangkal sendiri Eh takkanla awal sgt? muahaha kunun2 bermonolog dgn diri sendirilah tu.
disebabkan period aku masih blm delay aku pun biarkan jela dulu, kalo da delay lebih dari 5 hari baru nak check UPT. tapiii.. pesen manusia mcm aku ni x reti menyabor! so baru delay 4 hari aku da excited nak beli UPT x sabar2 nak check result! so ajakla laki aku pergi beli, kan patutnya nak check UPT kena pagi2 slps bgn tido kan? aku x.. tgh2 hari buta baru check! kehkehkeh! ok this part aku plg x sabar nak cerita, so before nak check beria2lah aku baca segala instruction bagai. ok now dah phm cara nak check apalagi berderu masuk toilet then check. kena tunggu dalam 3 min x silap nak kua result, masa tu kata kau perghhhh berdebar2nya hati aku ni dah mcm berdebar2 nak pergi interview gayanya! x berkelip2 mata aku tgk Kit tu, mula2 naik 1 line.. tunggu punya tunggu ermmm mcm negatif je sebab lagi 1 x naik pun! haaaa hampa weh masa tu! mulalah sedapkan ati sdri xpe ina kau kan baru kawen, relex dulu.. toksah gelojoh2! padahal aku kecewa dah masa tu, tp dalam masa sama pk positif xpelah mungkin Allah nak bg aku honeymoon puas2 lagi ni. masuk dalam bilik sambil baring tgn di atas dahi, mata pandang siling kunun2 frustla sgt kan.. aku pn tgklah lg sekali UPT tu, sekali Eh??? kenapa mcm ada lagi 1 line tapi kabur??? haaaa masa tu aku dah heran bin ajaib! aku pun google la kenapa kan, baca forum2 ohhhh rupanya kalau mcm tu sebenarnya POSITIF! tapiiiii sebab aku check bkn tgh hari atau hormon HGC aku rendah dats why jadi faint line.
Eh sure ke pregnant ni?? betul ke ni?? tampar2 pipi sendiri kot2 bermimpi ke kan, aku terus tanya kwn baik aku. dorang pun kate UPT jarang menipu, so memang pregnant! aku masih x puas hati lagi ni, bgtau asbend, asbend kata esok check lagi pagi2. esoknya pagi2 aku da check, Alhamdulilah kali ni memang confirm pregnant! syukur padaMu Ya Allah! perasaan masa tu rasa mcm nak berlari2 1 kg bgtau semua org aku pregnant! hahaha.. happy sgt2 masa tu. x sangkalah kan Allah nk bg zuriat pada kami suami isteri seawal ini.
mmg betul apa org kata, perasaan wanita yg mengandung ni sgtlah indah & bahagia sbb kita tahu ada manusia yg sedang membesar dalam rahim kita ni. satu2nya perkara yg kita dapat bg pada suami adalah melahirkan zuriatnya. siapa yg xnak anak betul x? semua wanita nak anak, cuma ada yg cepat atau lambat je. dpat cepat pun jgn riak x baik nauzubillah, takut2 nanti Allah tarik blk rezeki tu. kalo yg lambat pun bersabarlah Allah sdg menguji sebenarnya. insyaAllah ada rezeki yg baik2 akan menyusul selepas itu.
soo... till to the next entry ok? tata =)
Tuesday, August 27, 2013
Aishah radhiah spa!
Assalamualaikum!
Semalam pergi spa finally, punyalah dari dulu nak ke spa. Smlm terlaksana jugak impian kecil ku. Wah gituuu!
Bknlah ape, bdn ni mmg tak pernah kena urut. So nak lah jugak rase di urut, plus aku ni mcm org tua sikit. Sakit2 badan toksah cite lah, then badan lemau dan lemah je! Haishh.. tu namanya dah lame tak bersenam! Haaa kan? Bila tak exercise, makanya bdn tak keluar peluh. Bila bdn tak keluar peluh mcm2 sakitlah datang iye dak?
The best thing is ttg spa ni ialah owner melayu, mase mula2 sampai tu terdengar spa tu pasang cd mengaji! Huishh.. rase terpana sekejap! Dalam hati dah terdetik bgs spa ni, jarang nak jumpa. Dan spa ni pun hanya ambil perempuan shj ye, pekerja pun melayu. Still muda! =)
Decoration dalam spa pun menarik, tak lah besar sgt tp kelengkapan utk spa tu mmg complete lah. Belek2 pamplet pakej ape yg ade so i ave decided utk ambik pajek bidadari at the first, pakej ni ade 5 treatment iaitu:
Herbal sauna
Aromatherapy massage
Full body scrub
Full body mask
Milk bath
5 treatment ni semuanya berharga 200 shj! Mmg berbaloi sbb kalau ambik yg asing2 tu lagi mahal. So dah decide pakej pekerja dia suruh masuk dalam bilik yg di khaskan utk mengurut, dalam bilik ni utk 2 org. Tp mase aku mula2 sampai aku sorg je, tak lama lps tu ade lg sorg sampai. Mula2 je pekerja dia suruh buka semua baju termasuk yg dalam2 dan pakai kain batik lepas, then masuk dalam sauna selama 30min lbh kurang gitulah. Mmg best duduk dlm sauna, aku siap berwhatapps lagi. Haha.. rse mcm nak beli je 1 then letak kat rumah! Amboii byk duit kau?
After dah hbs sauna pekerja dia suruh meniarap atas katil khas tu, ok yg part ni mmg malu dan akward! Yela.. mase nak meniarap tu aku ingat meniarap je dgn kain2 batik tu sekali, rupa2nya pekerja tu pergi tarik kain batik sampai nampaklah ape yg tak patut di nampak! Mihmihmih.. malu oii! Tapi buat2 cool jela kan, takkan nak jerit sambil ckp heii awk nak ambil kesempatan tgk tutt sy ke? Bhahaha
So bermulalah sesi mengurut, part ni mmg terbaik. Depan belakang dia urut, hbs pekerja tu selak semua kain2 batik tu. Malu kitewww tau! Hikhik (kau dah kenapa) -____-
Dalam 45min ke sejam jgklah sesi mengurut berlangsung, time2 tgh mengurut tu sempatlah borak2 dgn pekerja dia. Tanya duduk mane ape semua, kahkah aku mmg busy body dan bajet2 peramah nak berborak. Pastu terpikir2 dalam kepala otak, dah alang2 kat spa baik aku buat facial sekali. So pikir punya pikir, aku ckp ngan pekerja dia nak ambik pakej ratu/pengantin.
Amboii over kau nak ambik pakej pengantin bagai, pakej ratu ni same jgk mcm pakej bidadari cuma add:
Facial
Hot ball massage
Utk pakej ratu/pengantin total rm300 shj. Bg yg nak berkawin bolehlah ambik pakej ni, aku ni gedik2 je nak try sebab ade facial. Mihmihmih
Takpe.. nak dekat kawin nanti definitely will come here.
Ok sambung.. after massage tu berendam pulak kat bath tub utk milk bath! Awwww.. i love this part, air susu yg dia tuang mak aii sedapnya la bau. Sampai terpikir ni mmg susu minum ke cane? Hahaha.. mase dalam bath tub tu mulalah feeling2 princess sambil kocak2 air dan nyanyi lagu nak kawin dgn anak raja. Kihkihkih
Dah berendam dalam 25min camtu buat facial pulak, sambil2 buat facial buat sekali dgn hot ball tu. Hot ball ni ala2 tungku rupanya! Cehh.. mati2 ingatkan ape.
Total hours dalam tu 3 jam.. tak terasa pun tau2 je dah 5.30! Mmg best dan puas hati, sebab2nya yg urut org melayu jgk. Owner pun melayu.. so ni kira spa utk muslimah lah. ^_^
Opss lupa mau habaq, aishah radhiah spa & beauty ni terletak di bdr baru bangi. Syeksen berapa aku tak ingat! Tu nanti korg kena search google ok! Jgn malas.. haippp!
To the next entry.. tata ^^
Monday, August 26, 2013
Checklist kawin version gambar
Assalamualaikum!
Haritu dapat checklist kawin dr kawan yg kebetulan pun akan berkawin thn depan, borak punya borak psl kawin dgn penuh bersemangat. Then dia send lah checklist kawin ni kat aku. Actually checklist mcm gini bersepah2 org share dalam blog, tp checklist yg ini utk 2014 punyalah.
Penting ouhh checklist ni! Kot2 terlupa benda2 penting tak ke haru nanti? Kena pulak yg pesen pelupa mcm aku ni, haishh mmg kena ade checklist. Nak berkawin ni mmg byk keje kena settel, kalau bakal asbend kita ni jenis nak membantu dan ala2 concern gitu mmg legalah sebab blh same2 berganding bahu settelkan ape patut. Tapi mcm bakal asbend ku insyaallah, haishh mmg jenis sambil lewa je. Cakap2 dgn dia punyalah excited yg dia pulak diam je. Geram iolss! Tapi takpe, perangai kaum adam mmg rupa gini uolss. So hadam dan telan jela! Hihi
Aku pun tak print ape2 lagi checklist ni, yela.. nak pegi print kena pegi CC. Nak pegi cc amboi malas nauzubillah! So cadangnya baik aku tulis je dalam note lg sonang koje den. Tapi nak share2 jugak dgn kome2 semua, kot2 ade yg nak memudahkan kerja atau sekadar nak ambik2 ilham. Moh ler kita usya sepam dua checklist nih ye!
Ps: iolss dah decide dah colour ape utk walimah nanti! Hehe.. nanti next entry nak share pulak colour utk wedding! Mihmihmih
Preparation kawin begin!
Assalamualaikum!
Sekarang dah mula nak membusy2kan diri dgn preparation walimah insyaAllah thn depan, kate org planning awal2 baru tak kelam kabut. Stgh2 org pulak last2 minute baru nak kelam kibut naik boat buat preparation!
Ohooo.. aku ni pulak jenis yg suka plan awal2 lbh2 lagi bab2 nak kawin ni! Haha.. yela, siapa yg tak excited ye dak nak buat preparation kawin sendiri.
The best thing is quarter of my preparation nampaknya dipermudahkan Allah taala. Eheee happy sampai ke telinga!
Benda paling penting bab2 preparation ni ofcoz lah kan bab baju dulu, my wedding nanti takde bersanding bagai. Sengaja tak nak bersanding sbb for me sendiri nak elak dari meniru adat org hindu ni plus bersanding mmg x wajib.
So, tang pelamin tu mmg da cut cost habis! Baju pulak aku tempah je, tempah dgn kwn baik punya adik. So blh kautim hantar 2 pasang baju utk walimah aku dan walimah belah lelaki. Mmg lega habis lah.. coz bab baju da setel! Nak sewa mmg rasenya membazir, for me tempah atleast blh simpan. Tapi adelah jugak org cakap kang kalau da tempah nanti baju tu tak pakai2 dah! Kalah buat over gila mcm wedding of the year tu memang harapanlah kan nak pakai! Pakai pulak pegi wedding org lain, perghhh imagine pls reaksi org lain pandang kau? Kahkah..
So silalah design yg simple2 but nice, itulah planning aku skrg ni. Wedding aku memang aku nak cut cost sbb aku tak nak membazir, mmg btl kawin sekali je seumur hidup. But hell yeahh please toksah nak membazir sgtlah kan sampai end up bila dah selesai majlis mula pening kepala nak byr hutang dan jadi papa kedana dah tak ade duit after majlis! Bear in your mind kehidupan selepas kawin lbh penting tau! Kot2 Allah nak bg rezeki bunting pelamin, weeee lagi byk duit bak ang nak pakai!
Ok cerita slps2 kawin tu stop dulu, so tang baju alhamdulilah dah kira settel. Thx to lovely friends cik nana! Muahh muahh love you ok! Hihi
Now pening bab makeup! Wuuu.. survey2 semuanya mahal mcm nak cekik darah, kang ambik murah2 muka jd opera cina pulak. Hehe.. serius pening! Takpe2.. survey2 selagi boleh. For readers yg baca ade suggestion sila2lah drop komen ye.. :p
Kad kawin pun Alhamdulilah dah ade kawan yg kerja kat tempat buat kad2 kawin ni, dia pun willing nak membantu. Yeahhh settel lg 1 benda penting..
The rest nanti2 pikir lagi.. mula2 cakap dgn bakal asbend insyaAllah psl prepare2 ni, dia mengejek okay! Siap Kate "semangatnya awak" "Alaaa.. yg tu nanti2lah dulu" ehemm geram jugaklah! Mulalah membebel dan explain kenapa nak prepare awal2 bagai ni, hehe end up dia pun faham dan slps tu kalau cakap ape dia angguk2 dan iye kan aje. Cehhh.. iye kan aje lah sgt! Psl baju pun ade jgk berkelahi tau! Heh.. (-_____-)
So.. itu lah shj permulaan preparation, walaupun thn depan tapi kate org sediakan payung sblm hujan. Wahh gituuu! Nak kawin ni nampak mudah tp sbnrnya tak semudah yg di pikirkan.. ye dak? Tgh2 free ni bolehlah survey2 ape patut, dah start kerja nanti takut busy plus penat balik kerja mmg endingnya jgn kate pikir, silap2 takde mood terus! Eh.. takmo2 ina camtu.
Harap2 Allah mudahkn urusan nak berkawin, risau jgk ade ape2 x baik jadi. Insyaallah kena yakin pd Allah! Hee..
To be continued... ^___^


.jpg)
















