About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Saturday, March 26, 2011

i'm sick! ;(

Yeahh im totally sick rite now. sakit gastrik ulser! huaaaaa sgt perit ok..i dont know how to get health fast. sekarang aku tengah mengamalkan pantang² yang dinasihat kan oleh doktor. "awk x boleh minum kopi,teh
(my favourite bila ptg!),nescafe,milo". makanan yg masam of course for gastrik person. banyak la lagi sebenarnya! so sekarang kalau pergi hang out minum blur xtau nak order air ape? in the end nya order air suam! haha poor me!
actually dis gastrik dah lama since aku dari sekolah menengah lagi,haha teringat masa mula diserang pedih ulu hati. sumpah sakit macam sakit jantung! huhu..so abah bawa la aku jumpa doktor,doktor kata aku ade gastrik.
then guess what? i didnt believe what the doc say it bcoz wat i tink dat time is what the hell? gastrik? no way! sebabnya aku pikir aku ade penyakit jantung! haha punya lah x matang pemikiran. ape doktor cakap aku x percaya. sekarang bila dah melarat baru nak percaya! ;(   mongok kan saya ni? hee~

So pada readers,jangan tiru perangai aku ni. makan jgn lewat,breakfast jgn skip! ni penting! lunch skip xpe lagi,breakfast dont! nanti jadi macam aku sape susah? korang jugak.. kesimpulannya,kesian kan lah saya sebab skrg pon perut tgh sakit! walhal sekarang jam da pukul 1.19 pagi! huaaaaaaaa i need some food. sob3! ;(

Thursday, March 24, 2011

4 tips memujuk lelaki merajuk!

ok..entry ni aku copy dari blog TENTANG CINTA. Berbesar hati  nya lah aku nak share dengan korang semua terutama readers perempuan,lelaki pon boleh baca jugak. mana la tahu tips² ni tak betul ke kan? hehe..
well,act my hubby pon sedang 'merajuk' jugak. tapi bukan lah merajuk kerana cemburu or whatever. tapi sebab dia tengah depressed! orang lelaki ni memang manusia yg simple,aku akui. tapi dalam simple² mereka pon kadang² memeningkan kepala! sape setuju? cth nya macam kes aku lah sekarang ni,my hubby seorang yg x boleh terima tekanan. kalau dia stress sebab dia byk sgt kerja yg x sudah² plus pulak dgn masalah yg lain.
haaa ini lah jadi nya! solution nya,semua org dia ignore termasuk lah aku! T_T  sedih kan? so bila da jadi mcm ni aku pon terpaksa lah bersabar,bila call x diangkat.msg pon x berbalas. kalau aku 1 ari x msg,dia pon ignore jela! sumpah geram!!

Tapi nak buat macam mana,org lelaki majoriti memang mcm tu. kan?? bila dorang ade masalah or stress,dorang rasa jalan penyelesaianya adalah dengan mendiamkan diri. nak dipujuk lebih²,takut makin parah. x dipujuk mcm mana? hurmmm...so dari pendapat aku sendiri,biarkan jela mereka ni. bila dorang dah reda dan tenang,pandai² ko lah nak msg ke call ke..huh! (sambil menaip dgn geram)
ok so ni tips² nya..


1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

=SO MOGA2 TIPS INI DPT MEMBANTU U ALL YG ADE MASALAH CAM GINI YE. SAME LA JUGAK MCM AKU SKRG NI!
ARGHHH TENSEN! HEHEHE..OK BYE..

Tuesday, March 22, 2011

What do u think if i..?

If i... cerita ttg my whole life story,i mean personal life? korang lagi prefer mane guys? terfikir jugak,ade ke yg nak baca kalau aku cerita kisah cinta aku,peribadi aku.. ade ke?? huhu.. tapi mostly blog sekarang,memang semua akan cerita ttg personal msg². hahaha.. ok²,taknak tiru² org.. yr own blog,so yr own idea!

so..aku nak buat sedikit perubahan dlm blog ni,sedikit je k? nak cerita sikit ttg peribadi aku. hehehe..
maaf kisah hidup aku ni x de lah menarik mana pon untuk di kongsi..

ok to readers,i really need yr comment.. please? just drop some comment ape korang rasa ok x kalau aku cerita sedikit ttg personal? atau u guys have any idea?

Frust Bercinta?

Setiap individu yg pernah bercinta mesti pernah merasai sakitnya putus cinta,btl? aku pn pernah berkali² menghadapi situasi yg same. entry kali ni terdetik di hati nak tulis disebabkan satu artikel mengenai motivasi diri mengapa kite harus bersedih bila putus cinta? memetik kata bijak pandai "cintailah sesuatu itu sekadar saja,kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. dan bencilah sesuatu yg kau benci itu sekadar saja kerana ia mungkin menjadi sesuatu yg kau cinta"

Melalui pengalaman bercinta aku sendiri,putus cinta dah jadi lumrah dlm hidup aku. opss jgn salah fhm,bukan bermaksud aku players ok? mmg sakit rasa nya bila org yg kita sayang sepenuh hati dah x nak teruskan lagi hubungan. bak kata org,mkn x lalu.mandi x basah..eh² tu ayat tok org angau bercinta kan? xpe...ayat tu pon boleh diaplikasikan jugak. bila aku putus cinta,dah tentu aku sedih..tapi kita kena sentiasa muhasabah diri.
yes..aku selalu muhasabah diri,ALLAH tu adil. dia tarik sesuatu yg kita sayang untuk beri kita sesuatu yg kita x jangka²kan. bukan lah ape yg kita ada tu x baik utk kita,tapi mungkin yg baik itu bkn untuk kita tetapi untuk org lain. dan DIA beri sesuatu yg lagi baik dr tu untuk sesuaikn dengan diri kita. btl?

Pengalaman yg ade bukan semua org pernah lalui,kita kena tabah dan sabar! jgn lah rasa bila hilang kekasih hati hidup dah x bermakna lagi dah,ohhh itu semua mainan perasaan. percayalah,bila itu semua berlaku ALLAH nak mengajar kita supaya lebih sedar dan faham bahawa cinta yg hakiki dtg dariNYA! yee..aku pun turut alpa dlm cinta mnusia yg belum tentu menjamin kebahagiaan.

Positif kan fikiran,sentiasa ingat putus cinta bukan bermakna hidup dah berakhir. ia adalah satu permulaan.
permulaan untuk kite lebih kenal dunia dan ragam manusia yg ada. jadikn pengajaran dan anggaplah ia satu pengalaman untuk kita lebih perbaiki diri. alhamdulilah,aku praktikan semua itu. so far benda² tu x pernah menjatuhkan akudan buat aku tersungkur. sebaliknya aku bangun dan kuatkn diri.

Ok..tu je nak share,maaf entry kali ni agak serius dan sedikit jiwang. chewaah..bukan jiwang tapi untuk motivasi diri. untuk pembaca dan jugak untuk diri sendiri jugak. orait..muhasabah diri sentiasa ye? hehehe...
bye..