About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Wednesday, September 4, 2013

Random speech

Assalamualaikum!

Alhamdulilah.. sempurna dah sebulan raya. Habis dah semua tempat dan rumah aku pulun beraya! Hihihi.. sakan sgt kan?
Dalam sibuk2 beraya sana sini dan memenuhi beberapa undagan open house, iolss stress menunggu report duty dari petronas nih! Erghh.. kabornya sebab tukar department yg jadi slow tu. Haishh.. sabar ina sabar

Dugaan nak kawin agaknya! Eh? Hehehe
Cakap pasal kawin, dihitung2 mmg tak lama lagi dah majlis. Ade lebih kurang dalam 6 bulan lebih lagi, uolss rase tu lambat lagi ke atau cepat? Aku rse kalau utk buat persiapan dan simpane duit, sobs! Mmg cepat (T_T) dah ler dgn tak mula2 kerja lagi. Tapi takpelah, everything happen for reason. Kan Allah lbh mengetahui =)

So far utk preparation blm byk lagi, but the good news is tailor dah dapat. Alhamdulilah.. lbh seronoknya dpt harga kawan2 utk 2 helai baju nanti. Hehehe.. harga rahsia! Amboii bajet retis sgt! (-__-') doakan segala persiapanku berjalan dgn lancar ye?

Ok tata! ^__^



Tuesday, August 27, 2013

Aishah radhiah spa!


Assalamualaikum!

Semalam pergi spa finally, punyalah dari dulu nak ke spa. Smlm terlaksana jugak impian kecil ku. Wah gituuu!
Bknlah ape, bdn ni mmg tak pernah kena urut. So nak lah jugak rase di urut, plus aku ni mcm org tua sikit. Sakit2 badan toksah cite lah, then badan lemau dan lemah je! Haishh.. tu namanya dah lame tak bersenam! Haaa kan? Bila tak exercise, makanya bdn tak keluar peluh. Bila bdn tak keluar peluh mcm2 sakitlah datang iye dak?

The best thing is ttg spa ni ialah owner melayu, mase mula2 sampai tu terdengar spa tu pasang cd mengaji! Huishh.. rase terpana sekejap! Dalam hati dah terdetik bgs spa ni, jarang nak jumpa. Dan spa ni pun hanya ambil perempuan shj ye, pekerja pun melayu. Still muda! =)

Decoration dalam spa pun menarik, tak lah besar sgt tp kelengkapan utk spa tu mmg complete lah. Belek2 pamplet pakej ape yg ade so i ave decided utk ambik pajek bidadari at the first, pakej ni ade 5 treatment iaitu:

Herbal sauna
Aromatherapy massage
Full body scrub
Full body mask
Milk bath

5 treatment ni semuanya berharga 200 shj! Mmg berbaloi sbb kalau ambik yg asing2 tu lagi mahal. So dah decide pakej pekerja dia suruh masuk dalam bilik yg di khaskan utk mengurut, dalam bilik ni utk 2 org. Tp mase aku mula2 sampai aku sorg je, tak lama lps tu ade lg sorg sampai. Mula2 je pekerja dia suruh buka semua baju termasuk yg dalam2 dan pakai kain batik lepas, then masuk dalam sauna selama 30min lbh kurang gitulah. Mmg best duduk dlm sauna, aku siap berwhatapps lagi. Haha.. rse mcm nak beli je 1 then letak kat rumah! Amboii byk duit kau?

After dah hbs sauna pekerja dia suruh meniarap atas katil khas tu, ok yg part ni mmg malu dan akward! Yela.. mase nak meniarap tu aku ingat meniarap je dgn kain2 batik tu sekali, rupa2nya pekerja tu pergi tarik kain batik sampai nampaklah ape yg tak patut di nampak! Mihmihmih.. malu oii! Tapi buat2 cool jela kan, takkan nak jerit sambil ckp heii awk nak ambil kesempatan tgk tutt sy ke? Bhahaha

So bermulalah sesi mengurut, part ni mmg terbaik. Depan belakang dia urut, hbs pekerja tu selak semua kain2 batik tu. Malu kitewww tau! Hikhik (kau dah kenapa) -____-
Dalam 45min ke sejam jgklah sesi mengurut berlangsung, time2 tgh mengurut tu sempatlah borak2 dgn pekerja dia. Tanya duduk mane ape semua, kahkah aku mmg busy body dan bajet2 peramah nak berborak. Pastu terpikir2 dalam kepala otak, dah alang2 kat spa baik aku buat facial sekali. So pikir punya pikir, aku ckp ngan pekerja dia nak ambik pakej ratu/pengantin.
Amboii over kau nak ambik pakej pengantin bagai, pakej ratu ni same jgk mcm pakej bidadari cuma add:

Facial
Hot ball massage

Utk pakej ratu/pengantin total rm300 shj. Bg yg nak berkawin bolehlah ambik pakej ni, aku ni gedik2 je nak try sebab ade facial. Mihmihmih
Takpe.. nak dekat kawin nanti definitely will come here.
Ok sambung.. after massage tu berendam pulak kat bath tub utk milk bath! Awwww.. i love this part, air susu yg dia tuang mak aii sedapnya la bau. Sampai terpikir ni mmg susu minum ke cane? Hahaha.. mase dalam bath tub tu mulalah feeling2 princess sambil kocak2 air dan nyanyi lagu nak kawin dgn anak raja. Kihkihkih

Dah berendam dalam 25min camtu buat facial pulak, sambil2 buat facial buat sekali dgn hot ball tu. Hot ball ni ala2 tungku rupanya! Cehh.. mati2 ingatkan ape.
Total hours dalam tu 3 jam.. tak terasa pun tau2 je dah 5.30! Mmg best dan puas hati, sebab2nya yg urut org melayu jgk. Owner pun melayu.. so ni kira spa utk muslimah lah. ^_^

Opss lupa mau habaq, aishah radhiah spa & beauty ni terletak di bdr baru bangi. Syeksen berapa aku tak ingat! Tu nanti korg kena search google ok! Jgn malas.. haippp!

To the next entry.. tata ^^

Monday, August 26, 2013

Checklist kawin version gambar

Assalamualaikum!

Haritu dapat checklist kawin dr kawan yg kebetulan pun akan berkawin thn depan, borak punya borak psl kawin dgn penuh bersemangat. Then dia send lah checklist kawin ni kat aku. Actually checklist mcm gini bersepah2 org share dalam blog, tp checklist yg ini utk 2014 punyalah.

Penting ouhh checklist ni! Kot2 terlupa benda2 penting tak ke haru nanti? Kena pulak yg pesen pelupa mcm aku ni, haishh mmg kena ade checklist. Nak berkawin ni mmg byk keje kena settel, kalau bakal asbend kita ni jenis nak membantu dan ala2 concern gitu mmg legalah sebab blh same2 berganding bahu settelkan ape patut. Tapi mcm bakal asbend ku insyaallah, haishh mmg jenis sambil lewa je. Cakap2 dgn dia punyalah excited yg dia pulak diam je. Geram iolss! Tapi takpe, perangai kaum adam mmg rupa gini uolss. So hadam dan telan jela! Hihi

Aku pun tak print ape2 lagi checklist ni, yela.. nak pegi print kena pegi CC. Nak pegi cc amboi malas nauzubillah! So cadangnya baik aku tulis je dalam note lg sonang koje den. Tapi nak share2 jugak dgn kome2 semua, kot2 ade yg nak memudahkan kerja atau sekadar nak ambik2 ilham. Moh ler kita usya sepam dua checklist nih ye!

Ps: iolss dah decide dah colour ape utk walimah nanti! Hehe.. nanti next entry nak share pulak colour utk wedding! Mihmihmih

Preparation kawin begin!

Assalamualaikum!

Sekarang dah mula nak membusy2kan diri dgn preparation walimah insyaAllah thn depan, kate org planning awal2 baru tak kelam kabut. Stgh2 org pulak last2 minute baru nak kelam kibut naik boat buat preparation!
Ohooo.. aku ni pulak jenis yg suka plan awal2 lbh2 lagi bab2 nak kawin ni! Haha.. yela, siapa yg tak excited ye dak nak buat preparation kawin sendiri.

The best thing is quarter of my preparation nampaknya dipermudahkan Allah taala. Eheee happy sampai ke telinga!
Benda paling penting bab2 preparation ni ofcoz lah kan bab baju dulu, my wedding nanti takde bersanding bagai. Sengaja tak nak bersanding sbb for me sendiri nak elak dari meniru adat org hindu ni plus bersanding mmg x wajib.

So, tang pelamin tu mmg da cut cost habis! Baju pulak aku tempah je, tempah dgn kwn baik punya adik. So blh kautim hantar 2 pasang baju utk walimah aku dan walimah belah lelaki. Mmg lega habis lah.. coz bab baju da setel! Nak sewa mmg rasenya membazir, for me tempah atleast blh simpan. Tapi adelah jugak org cakap kang kalau da tempah nanti baju tu tak pakai2 dah! Kalah buat over gila mcm wedding of the year tu memang harapanlah kan nak pakai! Pakai pulak pegi wedding org lain, perghhh imagine pls reaksi org lain pandang kau? Kahkah..
So silalah design yg simple2 but nice, itulah planning aku skrg ni. Wedding aku memang aku nak cut cost sbb aku tak nak membazir, mmg btl kawin sekali je seumur hidup. But hell yeahh please toksah nak membazir sgtlah kan sampai end up bila dah selesai majlis mula pening kepala nak byr hutang dan jadi papa kedana dah tak ade duit after majlis! Bear in your mind kehidupan selepas kawin lbh penting tau! Kot2 Allah nak bg rezeki bunting pelamin, weeee lagi byk duit bak ang nak pakai!

Ok cerita slps2 kawin tu stop dulu, so tang baju alhamdulilah dah kira settel. Thx to lovely friends cik nana! Muahh muahh love you ok! Hihi
Now pening bab makeup! Wuuu.. survey2 semuanya mahal mcm nak cekik darah, kang ambik murah2 muka jd opera cina pulak. Hehe.. serius pening! Takpe2.. survey2 selagi boleh. For readers yg baca ade suggestion sila2lah drop komen ye.. :p
Kad kawin pun Alhamdulilah dah ade kawan yg kerja kat tempat buat kad2 kawin ni, dia pun willing nak membantu. Yeahhh settel lg 1 benda penting..

The rest nanti2 pikir lagi.. mula2 cakap dgn bakal asbend insyaAllah psl prepare2 ni, dia mengejek okay! Siap Kate "semangatnya awak" "Alaaa.. yg tu nanti2lah dulu" ehemm geram jugaklah! Mulalah membebel dan explain kenapa nak prepare awal2 bagai ni, hehe end up dia pun faham dan slps tu kalau cakap ape dia angguk2 dan iye kan aje. Cehhh.. iye kan aje lah sgt! Psl baju pun ade jgk berkelahi tau! Heh.. (-_____-)

So.. itu lah shj permulaan preparation, walaupun thn depan tapi kate org sediakan payung sblm hujan. Wahh gituuu! Nak kawin ni nampak mudah tp sbnrnya tak semudah yg di pikirkan.. ye dak? Tgh2 free ni bolehlah survey2 ape patut, dah start kerja nanti takut busy plus penat balik kerja mmg endingnya jgn kate pikir, silap2 takde mood terus! Eh.. takmo2 ina camtu.

Harap2 Allah mudahkn urusan nak berkawin, risau jgk ade ape2 x baik jadi. Insyaallah kena yakin pd Allah! Hee..

To be continued... ^___^

Wednesday, August 21, 2013

Happy eid mubarak 2013

Assalamualaikum!

Hai.. selamat hari raya! Wewee.. walhal dah raya ke berapa dah baru nak terhegeh2 wish. Sokayy better late than never! Kann?
So raya aku tahun ni sgtlah biasa2 je.. alhamdulilah. Raya bersama keluarga still adalah raya yg terbaik. But.. the diff thing is. 2nd raya je dah pergi raya sakan rumah kawan2.. di mana xpnh dilakukan selama ni! Percaya tak? Yelah.. selalunya 2nd raya balik perak. But this year escape x balik. Hehe.. 

Nothing much too say actually. Nak share sdkt gambar je.. ^^


Friday, August 2, 2013

USS (Universal Studio Singapore) Part 2

Assalamualaikum!

Salam jumaat.. for those yg berkerja for sure happy kan. yela esok kan cuti, kena pulak khamis depan dah nak raya. aah kan.. cakap pasal raya, entry aku ni mcm tak sesuai je pulak. patutnya nak raya citelah pasal raya, ini idok.. aku cite pulak psl benda alah lain. Haha gasaklah labu.. nak cite psl raya pn, ermm raya aku boring tak mcm korg. Eh? 

Ok.. stop merapu. sambung entry yg lepas spt dijanjikan. cewahhh! entry lepas share takat masuk madagascar je kan? now jom layan gambar lg sampai muntah.



 Ini pintu masuk ke salah 1 permainan di Far Far Away! apa tah name game ni, tp mmg awesome!! game dia mcm korg duduk dlm hall wayang tu.. and then dia bagi speck 3D. but the awesomeness things is segala watak dalam cerita shreck tu mmg akan btl2 keluar screen! cer imagine sat? cool hah? dan plg bestnya kalau Fiona tgh terbang akan ade angin tiup di celah2 kerusi. kerusi akn bergerak2! mmg besttt! terkejut beruk jgklah aku tiba2 kerusi bergerak. 



hikhikhik.. Enc Shrek & Puan Fiona lalu je. tak berhenti pun.. sobs! 


 Yeahhhh... pinochio yawww! 


 Aku lagi cute ke meoww tu lagi cute? 


Cantik kan? dulu masa aku kecik2 kan, aku suka berangan konon2 jd cinderella then ade istana cam gini. kahkah.. toksah nak gelakkan aku, korg pun same!



 lepas menghiburkan diri di far far away, now beralih ke jurasic park!


Masa ni kami duduk sekali dgn geng2 awek dr korea! mmg cantik btllah awek2 tu.. jeles tgk kecantikkan dan keputihan kulit mereka.  =(

 Excited bak ang bila masuk sini, dorg akn berlakon konon2 hero lawan penjenayah! siap ade adegan letup2 dan tembak2! walaupn aku tak bape paham ape dorg mencarut. Haha! tapi layankan jela sambil ditemani bau2 ketiak rombongan dr india. eyuuuuuu


Apo kono ey jang? (kau ni dah kenapa ina)


skrg beralih ke Hollywood street. ade menari2 dan menyanyi, they really can sing! hensem plk tu.. wink wink

Kat depan sesame street tu akan ade show watak2 sesame tu, comel je! aku mmg over lah siap duduk bersila kau mengalahkan budak2. bhahaha

 ini permainan utk kanak2.. tapi kitaorg peduli ape, masuk jgk! haha..


 this one terbaik! musical hantu2..


 ini pun lagilah terbaik, if you guys came here. masuk sini tauuuu! besttttt.. 


 weeee... hai transformer! game transformer ni 2x aku main, mmg awesome! 


Errrr....




 nampak tak rail kaler biru dan merah tu? dia ade 2 roller coaster, yg plg extreme bagi aku adalah kaler biru! lepas naik kaler merah, rest 5 min then naik kaler biru. end up tengkuk sakit kaw kaw! haha.. bg yg penakut, ohhh this game is totally not for u. ngee


sebagai penutup, nah sila hadam gambar aku. 


so, ape yg blh disimpulkan.. dtg sini mmg berbaloi ongkos korang. bab nak cari makanan halal no worries babeyh! kat area mummy the return spt gambar diatas ni ade restaurant arab. kalau duit singapore murah jer.. makanan sedaplah jgk. kalau tak sedap pun kena makan jgk, yela kalau mcm aku tekak mmg nak nasi je. baru kenyang! 

surau pun ade disediakan.. dalam pukul 7 camtu kami berangkat pulang. 
hope this entry dpt give uolss information2 yg berguna..

anyway selamat hari raya!!




Thursday, August 1, 2013

USS (Universal Studio Singapore)

Assalamualaikum!

Seperti yg sudah sedia maklum pd entry yg lepas, aku ade beritahu kan yg aku dapat offer utk kerja dgn IM Asyraf. now berada di ofis, dan im so BOREDD. yeahh got nothing to do u know! kalau dpt hadap muka IM Asyraf 24hr hilanglah ckt bosan ni kot. bhahaha.. opss behave iena behave. ok, act bukan tu yg aku nak cerita pun. disebabkan tgh boring tahap icu, so sambil menlayari internet (ayat skema). arini ade mood baik pulak nak update blog. goshh how i missed the moment betapa rajinnya dulu mengupdate2 blog ni! almaklum lah laptop da rosak, ini pun pinjam laptop PA ustaz! sobs sobs sedih betul..

Nak share pengalaman2 serta tips2 berguna (berguna ke) utk korang ke USS singapore manelah tau kan.. so here its is. aku pergi USS pd bulan 3 tahun ni jugak.. pergi bertiga je including me. semua perempuan ofcourse! act tak planning awal pun nak ke sane, planning last2 minit. haa.. tp percaya atau tidak, selalunya planning last2 minit ni lah akan menjadi! wonder why? hurmm... so dgn segera serta rakusnya aku pun pergilah buat pasport! sedih hokay ni baru 1st time menjejakkan kaki ke luar negara. WALAUPUN seberang johor je, still lah kan consider luar negara kan? bolehlah.. HAHA

Gerak dr KL hari jumaat naik kereta, yg drivingnya aku tp kereta member aku. 3 jam non stop driving tanpa berhenti RNR. ohhh makk leper punggung! akhirnya sampai ke hotel penginapan kami iaitu Tune Hotel Danga Bay. nak check in singapore tak mampu uolsss, walaupun masa tu aku bekerja di bank. still tak mampu! tsk tsk.. kami ambik pakej sekali dgn bas pergi balik ke USS. murah jer.. return dalam 30 ke 40 something. alamak lupaaaa! tp mmg murah jer.. nak lg senang korg check in kt Tune Hotel, murah pun murah then siap ade bas. easy kan?


Heading to USS, nampak tak mukaku yg excited tu? 


 Perkara wajib bila sampai je USS! haruslah kena bergambar kt depan benda alah ni. 



with girlss


 tgh beratuq nak masuk dalam,, wuhuuuu! amboi kemain kau ye.


 amboii hangpa tak tunggu ceq naa! 


Da masuk dalam tak menyempat2 nak posing! HAHA.. nampak lautan manusia di belakang tu? semua mcm aku lah tu excited nak masuk. confident!

The best things is masa pergi sini, org tak ramai sebab aku pergi bukan hari yg pack. kalau hari yg pack.. ermmm mungkin mati kelemasan dgn manusia rasenya! bayangkan kami boleh ulang2 naik 1 game tu sampai 2x sebab line beratur kosong. mmg happy gilalah.. so silalah pergi pd waktu2 bukan musim cuti sekolah ye.
tiket masuk USS duit malaysia rm180. mcm aku, aku beli melaui post. so byr duit siap2 then nanti pihak USS akan hantar ke rumah. mudah kan? ngeee
plus ok lah 180 utk tempat yg hebat mcm ni, duit akan rase berbaloi. trust me! ecewahhh
jom layan gambar lg sampai muntah..




 first checkpoint!


 Dia masuk dlm boat and then boat ni akn bergerak masuk dlm Madagascar tu, sort of like a musical lah. kehkeh.. seronok walaupun siap ade nyanyi2 bagai.. dan aku pun meloponglah tgk. nampak tak betapa kesiannya aku? haha sedih btl.


 ehem2 nak jugekkk





 sila abaikan kepala aku yg teleng tu. motif sgt!


rase mcm nak curi bw balik then pacak dpn rumah! bhahaha so cuteee

ok guys.. to be continued
i got things to do..
next entry ok!
Assalamualaikum


Thursday, July 25, 2013

welcome Ramadhan

Alhamdulilah, ramadhan menjenguk kita lagi pd tahun ni. to me,im very excited ofcoz.
assif jiddan (maaf), sbb dah lama sgt x update di blog ni. krn tiada kemudahan laptop katenya.. ini pun tgh pinjam laptop seorg akhi (abg) di tempat saya bekerja for temporary ni.
ohh lupa nak bgtau, walaupun rasenya perlu ke nak bgtau sbb ada ke yg nak kisah? hihi,, sy dah resign dari RHB BANK. dan skrg ni tgh kerja sekejap tlg company consultant Imam Muda Ashraff. act sy di offer kerja sini sbg pengurus bg program2 beliau. tp mungkin bukan rezeki sbb dalam masa sama dpt offer di Petronas. Alhamdulilah.. sesungguhnya memang rezeki itu tidak dijangka. Allah sgt maha pemurah bg mereka2 yg sepenuh2nya tawakal kpdNya.

Tanam anggur juga lah sekejap selama 3 bulan, almost give up sebab apply kerja semua takde respon. ade respon pulak yg saya tak bekenan. hihi.. bukan memilih ya. tp nak cari 1 company yg stabil, islamik environment. Petronas pun act xdelah islamik tp berdasarkan risikan dr kawan.. majoriti melayu, dan ok2 lah juga kate dia.. hehe.. insyaallah goin to start working soon.

pray for me ya!
selamat berpuasa =)