About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Monday, March 9, 2015

pengalaman melahirkan my lilttle khalifah

Assalamualaikum!

Alhamdulilah, syukur kpd Allah. secara rasminya aku telah pun bergelar seorang ummi! Dah 15 hari bersalin barulah ada btl2 masa dan mood nak update entry ni. biasalah first time mummy mmg semuanya kelam kabut, tak pernah ada pengalaman dlm menguruskan seorg bayi katenya. So mmg semuanya jadi serba baru, mmg letih, x cukup tido apa semua tapi berbaloi2 sebab dapat tgk anak membesar depan mata. Ewaahh ;) so disebabkan entry ni agak panjang aku buat dalam kronologi jela ye!

Actually aku dah overdue 5 hari baru bersalin, EDD adalah pada 15/2/15. Tapi tak jugak beranak2, hati dah resah gelisah tunggu tanda2. hari2 jugaklah dok pujuk baby bilalah nak keluar, kalau tak turun apa2 tanda jugak 21/2/15 kena serah diri utk induce! T_T Tapi masih positif lagi takkan di induce, baby pasti akan keluar secara normal bkn dipaksa2. Gituuu


18/2/15 (rabu)

siang tu dah turun tanda darah, tgh lepak2 depan tv dgn asbend. Rasa nak terkucil so lari pegi toilet jap, tgk panties ade setompok blood show. Tapi bukan warna merah, warna coklat2 mcm nak period awal2 tu. Masa tu happy bkn main jgn cakaplah! Terus bagitahu asbend dah kuar darah then nak pergi hospital untuk further checkup, yelah kot2 dah buka 4cm ke kan! Kui3 berangan! Then pergilah kami laki bini siang tu ke hospital, sebelum pegi sempat lagi melantak dulu puas2 takut2 kena beranak arini jugak ke kan. Dgn semangat berkobar2 dah sampai hospital, terus pergi kaunter bagitahu nurse dah keluar blood show & dah overdue 3 hari.

so mcm biasalah kena timbang berat dulu, berat naik lagi. Hua3.. dah nak beranak pun berat makin naik,bknnya makin turun! ;D selera makan mmg xblh dikawal langsung dah hujung2 pregnant. Asal blh makan semuanya aku belasah! :p then check tekanan darah,pastu check urine. Tak lama pastu buat VE lah apelagi kan.. kebetulan doc lelaki yg nak seluk, aku awal2 dah ckp nak req doc perempuan. Alhamdulilah doc paham, laki aku dah ulang2 pesan kalau dox lelaki minta tukar! Huhu. So masa sesi seluk tu kan org asyik dok cakap seluk sakit kan? Aku masa tu psiko diri sendiri yg seluk tak sakit so relex! Kesan mempsiko diri sendiri mmg tak sakit pun kena seluk, hehe ;D

Mase seluk ni doc cek bukaan baru 1cm, ohh sudah ku duga dan agak sedikit kecewa kat situ sebabnya tak dapat nak deliver baby cepat. Hoho ;) after VE session, doc scan baby. Then aku pun tanyalah doc berat baby dah berapa since the last time aku scan pun masa 36 week which is masa tu berat baby dah 2.7kg. Doc bagitahu berat baby dah 3.2kg! gluppp! masa ni agak terkejutlah jugakkan, kalau btl 3.2kg wahh besar ni nak keluarkan! Haha. Takpe2 nama pun estimate blm tentu betul ye dak. So dah settel semua melenggang kangkunglah aku keluar pergi ke kereta sambil sengih2 bgtau asbend baru 1cm, doc suh balik dulu. So apelagi since boleh balik pergi melantak lagilah kan! Haha mmg kuat makan hoii aku masa ni. Dasat2

19/2/2015 (khamis)

Bgn pagi still takde rasa apa2 lagi, cuma blood show je yg keluar. sakit perut ke hape mmg non hado! Otak dah asyik pikir je agak2 dapat beranak tak khamis malam jumaat ni, hehe. Pujuk2 baby suruh keluar pun macam xde harapan je, so meronggengla lagi kuar sana sini. Eh lupa..masa ni hubby sakit pinggang sebab main badminton tak hengat dunia, bajet2 lee chon wei pastu injured! Sudahnya bgn pagi langsung tak boleh bgn! Hadoi risau dah buatnya terberanak mau aku drive sendiri pergi hospital. Paling sadis kena beranak sorang2! Huaa taknak! So doalah dalam hati biar hubby dah ok sakit pinggang baru boleh beranak. Kui3

20/2/2015 (jumaat)

Hari jumaat hubby still cuti lagi sebab injured tp alhamdulilah pinggang dah ok, bgn tido dalam pukul 11am camtu. Chopp, bkn bgn pukukl 11 tau. Haha! Bgn awal tapi tido balik, kekeke ;p dalam 11am camtu perut dah mula sakit2, ala2 sakit sengugut. Tapi mild jela sakitnya, disebabkan aku mmg jarang kena sengugut masa period so mmg xley imagine bila org cerita sakit beranak sama mcm sakit sengugut tapi lg sakit. So dah sakit perut ni aku still relex lagi sebab aku track masa tak konsisten pun, doc cakap kalau dah konsisten every 5 min baru pergi hospital. Tapi sakit tu mmg x henti2 walaupun tak konsisten. Walaupn tak sakit sgt tapi mmg mood pun dah kelaut, ingat nak ajak hubby jalan2 tapi risau plk sebab kejap2 sakit perut. So cancel jela niat tu, dalam pukul 6 ptg sakit makin kuat dan kerap. Aku track lagi masa masa ni kekerapan dah 5 minit sekali! Sakit pun da makin kuat nak compared pagi tadi. So terus ajak hubby pergi hospital nak check bukaan, since esok pagi2 mmg kena serah diri masa tu dah prepared kalau2 doc terus suruh admit ward ke kan. So dalam pikiran mmg dah awal2 pikir alaa bosannya lahai kalau kena masuk ward tido sorg2!

Dalam 7 lebih camtu hubby ajak pergi makan dulu sebab last makan pun tgh hari tadi je, itu pn mkn tak byk sgt. Hati masa ni mmg nak makan tapi perut dah kerap sgt sakit, kang kat kedai makan takut tak senang duduk pulak. so terus pergi hospital je, sampai hospital dalam 9 lebih. Pergi kaunter bagitahu contraction dah 5 minit sekali bla bla bla. Nurse terus kate haa ok jom kita check dulu. So masa nak buat VE ni berdebar2 dah, agak2 berapalah dah buka. Alhamdulilah rupa2nya dah pun buka 5cm! Hehe mmg terkejut masa ni, ingatkan baru 2cm ke hape. Terus proceed labor room malam tu jugak! Dup dap dup dap confirm bersalin malam ni detik kat hati! Hehe! Nurse panggil nama hubby kat luar bagitahu yg aku dah nak bersalin! Hubby cakap masa ni mmg dia pun terkejut! Dah tukar baju ape sume terus tolak naik labor room, nak masuk lif hubby pun muncul. Dgn muka hubby lain mcmnya aku pn naik heran, aik laki aku ni takut ke hape? Haha

Dah sampai LR, nurse suruh husband tunggu luar sekejap meanwhile bidan nak pecahkan ketuban. Masa ni bidan buat VE bukaan 4cm, aik 4cm pulak? Kat bawah kata 5cm. Nurse cakap bukaan boleh tutup balik! Ohh gitu ke, pelik2 pulak. Haha! Kecewa dah sikit boleh pulak tutup 4cm balik! Haish! Dah settel pecah ketuban, nurse pasang tiub kencing. Hadoii masa ni paling tak suka! Ngilu plus perit kot! Aku masa ni rasa nak req pergi kencing kat toilet je! Tapi apekan daya dgn segala alatan atas perutnya mmg xla kan! So kencinglah aku tanpa rela! Kohkohkoh

Da settel barulah asbend masuk, masa ni lega hati dpt tgk hubby. :') muka hubby masa ni nampak keruh je mcm risau, aku tahu dia risau cuma dia taknak tunjuk sgt. Lagipun masa ni belum betul2 sakit lagi, siap borak2 lagi dgn hubby ape sume. Siap gelak2 kateko! Tapiii.. nak sejam kemudian sakit contraction dtg menyerang!! Ya Allah masa ni sakitnya dah tak boleh nak tahan dah! Dari dok pokpekpokpek dgn hubby td terus aku diam je membisu sebab perut dah makin sakit kuat! Berbekalkan ilmu aku baca kalau nak cepatkan bukaan kena mengiring ke kiri, kaki kiri melunjur kurus, kaki kanan bengkokkan. So itulah aku buat sepanjang menahan sakit tu! hubby duduk belah kanan so bila aku sakit dia mmg x nampaklah reaction muka aku Menahan sakit. Dari 4cm nak buka 5cm boleh tahan lagi, 5cm nak ke 6cm allah hazab!! Masa ni mmg sakit tak boleh kawal dah! Mula2 sakit tu mulut diam je cuma menahan sakit dalam hati, tapi lama2 mmg mengerang sakitlah jugak! Aku pegang katil sampai bergegar2 katil tu! Allah sakit gila2! Masa ni barulah aku dapat rasa sakit bersalin tu mcm mana dan apa maksud sakit mcm sengugut 40 juta kali ganda tu! T_T pinggang masa tu mcm nak tercabut je rasa bila sakit tu dtg! Mmg menangislah sebab dah tak tahan sgt2! Sempat lagi minta maaf kat hubby sambil nangis T_T hubby pun sebak je walhal dia awal2 dah nangis tgk aku, dia kate masa nurse tolak aku pergi LR lagi dia dah sebak. Huuu T_T bila sakit dtg je perkataan yg keluar kat mulut Allahuakbar je! Masa ni nak baca doa nabi yunus pun terketar2 dah, otak mmg dah tak pikir ape. Sbb sakit yg teramat2! Allah camni rupanya pengorbanan mak2 kita masa nak lahirkan kita dulu, tq mak T_T

Dari 10 lebih masuk LR, dalam masa sejam bukaan buka byklah jgk alhamdulilah! Dah pukul 12 lbh mintak nurse cek lagi bukaan, masa ni dah 6cm. Allah tahanlah lagi sambil nangis2, nurse pesan kalau rase nak meneran bagitahu. Rase nak berak pun bagitahu, baiklah nurse. T_T.. then nurse masukkan lagi tiub kencing,kali ni lagi perit kot! adoi! Kadang2 tu aku sengaja je kencing sebelum tiub dimasukkan sebab taknak masuk tiub punya pasal! Kakaka jahat btl! dah pukul 1am cek lagi bukaan dah 7cm! Dalam otak pikir ade lg 3cm nak ke 10cm. T_T hubby sampai terlelap2 bila aku tgh tak sakit tu, kesian dia. Bila sakit dtg terus dia terjaga dan pegang tgn aku sambil suruh aku berzikir, berselawat. Aku mgerang jela ckp tak tahan dah sakit sgt! T_T

Akhirnya selepas 4 jam lebih berhempas pulas tahan sakit, disebabkan dah tak tahan sgt2. Aku menipu nurse cakap nak teran padahal takde pun! Haha! Nurse seluk then suruh teran je kalau nak teran, eh dah boleh teran ke aku tanya nurse? Nurse ckp haa teranlah. Dahla nurse tu sesorang je, takkan dia sorg je sambut aku? Ah lantakla asalkan dpt beranak skrg! Gigihla aku mengangkang selebar2nya, mgigil2 aku masa ni. Dgn sakit contraction dtgnya mmg aku menangis2 kot cakap tak tahan, kaki krem! Kakaka. Mse ni mengerang2 sakit aku, otak da tak pikir malu dah. Lamalah jgk nak meneran sebab nafas aku pendek! Nurse siap puji lagi pandai teran tapi nafas pendek sgt! Huhu dah takde energy kot masa ni! Mase nurse gunting bawah pun aku rasa tp sakit tu mmg takdelah sebab sakit masa nak bersalin ni lagi sakit kot! Nurse kate kalau sakit dtg tarik nafas then teran mcm nak berak! 2 ke 3 kali teran tak berjaya, kepala baby da keluar tapi masuk balik. Dtg pulak sorg lagi nurse, siap bg semangat lagi! Teran kuat ckt ibu! Kesian anak awk nnti lemas! haa teran lagi, lagi! Salah tu, teran jgn kt muka. Kat bontot teran tu! Haha hadoi, semput weh masa ni! Nurse suruh curi nafas aku siap tanya lagi mcm mana nak curi nafas? Saya tak tau! kakaka :p nurse ajar ohh baru phm. haih drama btl mase nak meneran! nurse suruh kira sampai 10 pun aku suruh hubby kirakan! Nurse gelak je. Kakaka jd bengong skjp masa ni, hilang semua malu nak kaver ke ape mmg takde. 2 org nurse tlg tekan perut aku masa ni nak keluarkan baby sebab dok teran2 kepala baby asyik keluar masuk je. Aku masa ni sampai give up dah! Last2 sekali sekali teran berjaya jugak keluar! :')

Masa nurse tarik je baby keluar, allahuakbar! Menangis2 aku gembira plus legaaa sgt2! Hubby kat sebelah pun menangis jgk! :') akhirnya setelah 4 jam berhempas nyawa selamat jugak aku melahirkan zuriat suami yg dikandung lbh 40 minggu ni! Dah keluar je baby, nurse keluarkan uri dan darah beku. Bersih2kan badan baby jap terus nurse letak atas badan, tapi masa tu baby menangis mcm slow sgt. So nurse terpaksa ambik untuk pergi check. Meanwhile tu nurse pun jahitlah kat bawah ni, sambil nurse jahit borak2lah dgn nurse. Terasa lama pulak nurse jahit, katenya 3 lapisan nak jahit. No wonderlah.. da settel barulah nurse bawa masuk baby, heee. Dan berat baby 3.52 kg! Nurse pun terkejut sebab tgk perut nampak kecik je! Ini lah hasilnya asyik melantak je dah hujung2 pregnant. Haha. Rasa mcm x percaya dah ade anak anak! Tau2 je eh btl ke ni anak aku? Hehe :')

Alhamdulilah jgk doa aku dimakbulkan Allah taala. Baiknya Allah sebab mengabulkan doa2 aku utk bersalin secara normal & melalui proses nak bersalin tak lama. Alhamdulilah.. so utk mengakhiri entry yg panjang berjela ni, ewahhh. Meh nak belanja 1 gambar baby masa baru je lahir. Ohh btw nama baby Muhammad al fateh rizqin :)





1 comment:

raihan md rasip said...

Salam, nak tanya. Awak bersalin kat hospital mana ye?
Thank you.