About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Monday, July 4, 2011

New journey!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! wahh dah mcm bagi ucapan pulak kan..hehe.
arini ade benda yang aku nak share setelah lame jugak blog ni x berupdate. alhamdulilah dgn limpah kurnia rezeki dariNYA akhirnya aku dapat jugak kerja di sebuah bank yg terkenal jugak di malaysia ni.
sebagai customer services call centre.. salary boleh tahan. salary bagi aku x penting sgt,ape yg utamanya adalah aku dapat kerja yg tetap di sebuah company yg dah establish. so next week kalau xde ape2 rintangan aku akan start kerja. hee.. nervous gilee ok! biasa lah kena pulak darah gemuruh macam aku ni memang all the time nak cuak jela kan..

So tumpuan skrg insyaallah nak fokus betul² pada kerjaya je. cintan cintun nanti dulu ye.. hee yolah tu kan.
dan aku dah pon ade target sendiri apa aku nak capai dalam tahun ni. antaranya nak simpan duit then keluar kereta sebijik. pastu nak bantu family mane yang termampu,yelah selama ni aku asyik mengharapkn belas ihsan dari duit parents je. so skrg ni lepas dah kerja nak bantu dorang pulak.. ermm doakan aku ye.. amin~
itu je nak cerita sebenarnya.. pagi buta camni nak taip entry baru pon x fokus sebab mata dah pedih² nak tido! hahaha.. ok guys senyum selalu ye.. sebab senyum tu kan sedekah! hahaha dah melalut la ni.
SALAM... ;-)

Saturday, April 30, 2011

Telur comel!

macam mana kalau 1 hari tu korang nak goreng telur tibe² telur tu meraung mintak jangan di goreng? haha
scarry kan? atau pon telur² tu buat muka comel ke? hehe...lau aku lah memang x masak la gamaknya,siap bela buat jadi pet lagi! hahaha sebab comel sangat!!! macam mana la orang ni boleh tercetus idea nak wat telur ni jadi macam ni kan? kreatif gileee! rasa macam nak wat 1 lah...mampus kena bebel dgn mak! hee

ALALA COMEL NYE...EYY GERAM!!

ERM SEDAP NYE AWK NI,NAK JILAT CKT! HEHE

ADEHH HBS LAH RETAK WEH!

KESIAN TELUR TU KENA PULAU! HAHA









CSI KE NI? HEHE









GILE GENGSTER!! HEHEHE TP CUTE

Stop judge people!

Hai... siapa pernah di nilai orang lain tanpa usul periksa? sila angkat tangan? mesti ade kan.. normally manusia yang berfikiran cetek dan x terbuka akan macam tu.  ape perasaan korang bila orang lain yang belum cukup kenal perangai korang tibe² ikut suka hati mak dia je nak judge korang? mesti rase nak lempang kan? haha....
macam tu lah yang aku rasa! sakit hati ok!! lagi² orang lelaki..maaf entry ini bukan untuk menghentam kaum adam tetapi ini adalah pendapat dan luahan hati kecik ku ini. chewahhh..bagi yang terasa sila jangan baca ye?

Pengalaman aku sendiri dah banyak kali..kalau x dari pengalaman aku pon banyak member² lelaki aku sendiri pon macam tu jugak. ok... zaman sekarang susah sangat nak menilai hati seseorang. contohnya perempuan yang bertudung. orang akan pikir perempuan ni baik sopan dan bla² whatsoever. macam mana pula dengan yg free hair?? ade yang akan pikir "arghh ni mesti perangai tah pape". betul? ok x cukup lagi..free hair dan agak seksi atau pon orang panggil up to date pada fashion. ape orang akan pikir? ofcoz buruk² betul? kenapa ea?? kenapa mesti nak buat tanggapan yang macam tu? kenal ke kite pada orang tu sebelum nak judge bukan²??

Sangat x baik dan bodoh ok. nak di jadikan cerita aku ade lah berkawan dengan seorang hamba ALLAH ni.. dia cakap dia suka perempuan seksi. then aku cakap balik,"kalau macam tu carilah awek seksi?" tau dia cakap ape? dia xnak sebab dia perempuan macam tu susah nak di jaga! pfttttt...!! ok dari situ kite da tau dia belum ape² dah menilai orang.. jangan di sangka manusia yang baik,pakaian soapn baik pula hati nya.. teringat 1 kisah yang aku pernah baca, ade seorang hamba ALLAH ni dia seorang yang sangat disegani sebab perwatakan dia yang nampak warak.. pakai serban sentiasa. sembahyang x putus².. orang semua memang respect habis lah kat dia tapi ape yang berlaku walaupon pada mata manusia dia nampak baik dan warak. tapi di mata ALLAH manusia ni hina di sisi dia. tau kenapa? sebab hati dia busuk!

Macam aku sendiri bila aku berkawan dengan seseorang aku x berani nak sangka buruk pada orang tu..
ade setengah orang tu luaran mungkin nampak macam sosial dan lain² lagi tapi hati dia? kita tau ke? x kan...?
so kenapa nak judge orang tu sebelum kenal perangai dia? ni lah mentaliti masyarakat melayu sekarang..
kate orang "alaaa kalau xnak kena pandang buruk jgn la pakai seksi².." itu contoh. tu memang betul.. pandangan orang dan tanggapan orang kita x boleh nak kawal. tapi sedar x kita walau macam mana pon manusia tu kite xde hak untuk menilai dia! baik atau jahat nye dia hanya ALLAH sahaja yang menilai..

Berkawan lah dengan semua org dan kenal perwatakan orang tu sebelum menilai.. luar mungkin nampak suci dan cantik tapi dalam siapa tahu? harap² dengan entry ni bagi yang sudi membaca sampai ke habis same² lah kite sedar dan fifkir sekejap.. aku pon bukan lah manusia yg sempurna,kite semua sama.. ade cacat cela. nak nasihat org siapa lah aku.. tapi entry ni bukan tok berceramah tapi sekadar kongsi² supaya ape yg x betul same² lah kite perbaiki. ok? hehe da rase mcam pakar motivasi pulak.. ok guys..salam.. ;)

p/s: niat mmg nak jadi pakar motivasi..ecehhh... perasan! ^^

Wednesday, April 20, 2011

End of Journey

salam.. hari ni dengan bangga nya aku nak mengumumkan bahawa aku da habis L.I!!!! yepieeeeeeeee~
gembira x terkata ok! fuhhhh....3 bulan rasa mcm 3 tahun lama nya! so sekarang ni aku tengah tunggu nak final exam je coz ade lagi 1 paper kena carry. after that merdekaaa! sekarang ni pon aku tengah dok usya² line kerja,yela jenis aku ni bukan nya boleh duduk diam kat rumah. dari aku dok tanam anggur yang memang confirm x akan laku,baik aku membuang masa dengan kerja! betul? 

Btw..aku dapat offer interview di satu bank ni sebagai pegawai customer services kat situ. tarikh nak interview x tahu bila.tapi sumpah nerves! harap² semua nya dipermudahkan ALLAH. aminn~ 
act x berharap pon coz kalau rezeki bukan kat situ so aku redho jela..maybe rezeki di tempat lain? kan?
pray for me guys! muahhhhhhhhhhhhh!!!  

Saturday, March 26, 2011

i'm sick! ;(

Yeahh im totally sick rite now. sakit gastrik ulser! huaaaaa sgt perit ok..i dont know how to get health fast. sekarang aku tengah mengamalkan pantang² yang dinasihat kan oleh doktor. "awk x boleh minum kopi,teh
(my favourite bila ptg!),nescafe,milo". makanan yg masam of course for gastrik person. banyak la lagi sebenarnya! so sekarang kalau pergi hang out minum blur xtau nak order air ape? in the end nya order air suam! haha poor me!
actually dis gastrik dah lama since aku dari sekolah menengah lagi,haha teringat masa mula diserang pedih ulu hati. sumpah sakit macam sakit jantung! huhu..so abah bawa la aku jumpa doktor,doktor kata aku ade gastrik.
then guess what? i didnt believe what the doc say it bcoz wat i tink dat time is what the hell? gastrik? no way! sebabnya aku pikir aku ade penyakit jantung! haha punya lah x matang pemikiran. ape doktor cakap aku x percaya. sekarang bila dah melarat baru nak percaya! ;(   mongok kan saya ni? hee~

So pada readers,jangan tiru perangai aku ni. makan jgn lewat,breakfast jgn skip! ni penting! lunch skip xpe lagi,breakfast dont! nanti jadi macam aku sape susah? korang jugak.. kesimpulannya,kesian kan lah saya sebab skrg pon perut tgh sakit! walhal sekarang jam da pukul 1.19 pagi! huaaaaaaaa i need some food. sob3! ;(

Thursday, March 24, 2011

4 tips memujuk lelaki merajuk!

ok..entry ni aku copy dari blog TENTANG CINTA. Berbesar hati  nya lah aku nak share dengan korang semua terutama readers perempuan,lelaki pon boleh baca jugak. mana la tahu tips² ni tak betul ke kan? hehe..
well,act my hubby pon sedang 'merajuk' jugak. tapi bukan lah merajuk kerana cemburu or whatever. tapi sebab dia tengah depressed! orang lelaki ni memang manusia yg simple,aku akui. tapi dalam simple² mereka pon kadang² memeningkan kepala! sape setuju? cth nya macam kes aku lah sekarang ni,my hubby seorang yg x boleh terima tekanan. kalau dia stress sebab dia byk sgt kerja yg x sudah² plus pulak dgn masalah yg lain.
haaa ini lah jadi nya! solution nya,semua org dia ignore termasuk lah aku! T_T  sedih kan? so bila da jadi mcm ni aku pon terpaksa lah bersabar,bila call x diangkat.msg pon x berbalas. kalau aku 1 ari x msg,dia pon ignore jela! sumpah geram!!

Tapi nak buat macam mana,org lelaki majoriti memang mcm tu. kan?? bila dorang ade masalah or stress,dorang rasa jalan penyelesaianya adalah dengan mendiamkan diri. nak dipujuk lebih²,takut makin parah. x dipujuk mcm mana? hurmmm...so dari pendapat aku sendiri,biarkan jela mereka ni. bila dorang dah reda dan tenang,pandai² ko lah nak msg ke call ke..huh! (sambil menaip dgn geram)
ok so ni tips² nya..


1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

=SO MOGA2 TIPS INI DPT MEMBANTU U ALL YG ADE MASALAH CAM GINI YE. SAME LA JUGAK MCM AKU SKRG NI!
ARGHHH TENSEN! HEHEHE..OK BYE..

Tuesday, March 22, 2011

What do u think if i..?

If i... cerita ttg my whole life story,i mean personal life? korang lagi prefer mane guys? terfikir jugak,ade ke yg nak baca kalau aku cerita kisah cinta aku,peribadi aku.. ade ke?? huhu.. tapi mostly blog sekarang,memang semua akan cerita ttg personal msg². hahaha.. ok²,taknak tiru² org.. yr own blog,so yr own idea!

so..aku nak buat sedikit perubahan dlm blog ni,sedikit je k? nak cerita sikit ttg peribadi aku. hehehe..
maaf kisah hidup aku ni x de lah menarik mana pon untuk di kongsi..

ok to readers,i really need yr comment.. please? just drop some comment ape korang rasa ok x kalau aku cerita sedikit ttg personal? atau u guys have any idea?