About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Tuesday, November 25, 2014

3rd trimester: 28 minggu ( keputihan & speculum )





Assalamualaikum

Semalam aku pergi wad kecemasan labor room di Hkl sebab aku suspek ade leaking air ketuban dlm pukul 8 malam camtu, pukul 11 lebih baru pergi hospital utk check. Masa tu punya perasaan berdebar2nya Allah jelah tau! Nervous plus takut if yg keluar tu memang betul2 air ketuban. Actually kaki google mcm aku ni memang suka cari bahan bacaan dan baca pengalaman2 momtobe. So mmg before tu lagi dah pernah terbaca ttg leaking air ketuban ni! Bahayanya kalau leaking air ketuban takut air ketuban dalam perut dah kurang so that baby boleh lemas. Bila jadi pada diri sendiri masa tu hoii risaunya aku toksahla cite! Berdebar2 nak pergi hospital masa tu dah mcm nak pergi bersalin je rasa!

Masa rasa mcm cecair jernih keluar tu hati dah mula risau, terus bgtahu hubby. Then minta hubby call mak mertua tanya. Hubby pun cakap ok jom kita pergi hospital sebab takut ape2 jadi, sebab mak mertua aku cakap dah 7 bulan camni pun boleh bersalin kalau masa dah tiba. Mak mertua aku siap pesan bawa baju baby siap2, aku masa tu lagilah panik! Dah sudah kenapa plk kan nak kena bwk baju baby plk ni? Aku bukan nak pergi bersalin pun! Waaa masa tu bertambah2 lah risau kat hati ni. Mak mertua aku dah standby bawa kain batikla ape lah sebab ingat aku nak bersalin. (--,--)

Ambik mak mertua aku kat rumah then gerak pergi hospital, sepanjang nak kena hospital tu haishh mcm2 dalam kepala ni pikir. Mulut tak henti2 doa moga2 yg keluar tu bukan air ketuban! Member2 pulak siap cakap tak payah risau, kena happy kalau tiba2 baby nak keluar sekarang ke! Hoii taknak aku! Seyes taknak sebab baby kan baru 28 minggu! Kalau keluar skrg mcm2 komplikasi boleh jadi, tak sanggup aku nak tgk anak aku dalam incubator! T__T

So bila dah sampai hospital terus pergi kat kaunter bagitahu nurse yg ada malam tu yg aku suspek leaking, salah sorg nurse yg bertugas malam tu nurse india. Haishh kerek betul nurse tu menyampah je bila ingat2 balik, dahla senyum pun taknak. Nak bagi pen kat aku suruh sign borang pun campak2 je pen tu! Hamboii geram je masa tu! Grrrr! Nurse tu pun tanyalah ape masalah sume, dia cakap awk betul2 sure ke tu cecair jernih? Aku cakaplah balik ye sy sure tu bukan air kencing atau keputihan. Then dia ckp make sure betul2 kalau tak kita akan seluk bawah ye dengan spekulum! Glupppp! Aku dgr ayat spekulum tu je berpeluh2 dah aku! Ngeri je rasa bila memikirkan alat mcm mulut itik tu nak masuk bawah vagina ni. T__T disebabkan aku ni suka baca experience orang, majority kate sakit! Eyyy lagilah aku seriau masa tu. Rasa mcm nak je kate kat nurse sebenarnya sy rasa bukan cecair jernih tp air kencing! Wakaka utk elakkan diri dr di seluk2 (--,--)

Tapi masa tu sesal dah tiada guna! Nak taknak kenalah jgk bagi vagina aku ni diseluk2 oleh doktor! Kekeke. Redho jela masa tu, sakit pun sakitlah asalkan dpt tahu result! Nampak tak ketabahan seorg bakal ibu ni? Hahaha :p lps dah isi form ape sume, agak lamalah jugak tunggu nak jumpa doktor. Then doktor lelaki panggil, adoii dahla hensem doktor tu. Muda pulak tu! Aku syak doc tu baru brumur 26 atau 27 mcm tu. Doc pelatih maybe! Doc tu interview aku pun alahai lembutnya lahhhh :p kalah doc perempuan yg ada kat situ! Mcm2lah jugak doc tu tanya, naik segan nak jawap bab2 sensitip ni. Dahla laki aku dari jauh dok pandang je aku, dia risaulah tu doc laki tu seluk2 aku ke kan. Dia tak tau aku lagi risauuuu kalau doc tu yg nak seluk!!

Lepas dah interview ape sume doc suruh masuk dalam bilik tu then baring, masa ni aku syak dah dia mesti nak seluk aku ni! Sekali betul! Masa tu aku sempat lagi tanya yg nak check ni siapa nurse? Nurse kate doc azam tu. Haaaaa terkejut aku!! Terus aku kate aku taknak! Boleh tak aku nak doc perempuan je cek aku? Kalau tak boleh gak aku kena minta izin laki aku dulu. Nasib baiklah masa tu doc perempuan lagi sorg tu kate ok2 boleh! Ya allah lega betul masa tu. Ishh seyes tak sanggup nak bg doc laki yg belek2 tuttt kita. Selagi ada pilihan aku sanggup je pilih utk taknak. Melainkan darurat sgt mng xley watpe la kan? Hehe

Dah baring then buka seluar and panties sume, tak lama lepas tu doctor tu suruh kangkang luas2. Dia seluk gel dulu before nak masukkan menatang tu! Then doc ckp tarik nafas ye puan sy nak masukkan sekejap alat ni, masa dia masukkan tu perit jugaklah sekejap! Aku siap terangkat2 lagi punggung! Nurse sebelah yg ade pun ckp jgn angkat punggung puan, relex je! Dah habis masuk ok takdelah sakit sgt2 pun mcm yg dicerita2kan! Hihi.. maybe doc tu buat slow kot. Then tah ape tah nurse dgn doc tu cakap2 masa dah masukkan tu, dia mcm ckp ohh byk ni patutlah.. ohhh.. gitu.. haha aku blur dah dok pandang2 doc dgn nurse tu. Masa tu doc tanya awk ade bersama ke dgn suami? Aah aku ckp ade! Siap jujur lagi bgtau pagi tadi. Wakakaka :D punyalah sengal itu pun nak bgtau yelah just nak doc make sure kan je.. masa tu doc ckp mmg byk keputihan pun. Tapi belum ade infection lagi! Phewww alhamdulilah lega sgt2 masa tu.

Dah settel check vagina tadi then check baby pulak, doc yg scan tu tah mcm hape je aku tgk. Lama bebenor dok mencari2 kaki baby. Macam tak expert pun iye! Then langsung tak explain ape2, air ketuban ok ke tak. Tahu2 je dah siap terus dia keluar! Ekeleyh doc ni, aku pun malas nak tanya ape2. Sebab dgn mengantuknya masa tu, yelah dah pukul 1 pagi pulak mahu tak ngntuk! Setel ape sume jumpa balik doc azam tu then dia kate boleh balik dah. Just pergi amik ubat utk masukkan dalam vagina je kat farmasi nanti. Sampai rumah dlm pukul 2 pagi lah jugak. Walaupun mengantuk tapi alhamdulilah dapat tahu result pun da lega sgt2. Phewwww

Alhamdulilah sgt2 anak ummi sihat2 je dalam ni, baby kuatkan syg? Hehe.. baby kena be strong ok dalam perut ummi ni baik2. Kalau nak kuar sgt pun tunggu after 37 weeks ok!! Masa tu keluarlah anakku ummi pun lagi da tak sabar! ;)






No comments: