Assalamualaikum!
Alhamdulilah, akhirnya berjaya jugak harungi 9 bulan ++ mengandung! Hehe :) macam tak percaya je tahu2 dah nak meletop, haishh bila tgh menunggu masa ni barulah aku faham perasaan ibu2 mengandung lain yg dok menghitung hari bilalah anak dalam perut ni nak keluar tgk dunia. Sgt tak sabar okay! Lagi2 bila tinggal lagi 4 hari je nak dekat Edd haruslah lagi x sabar kan! Now kerja aku asyik tunggu tanda jela, asal rasa mcm keluar someting je cepat2 rasa manelah tau ade blood show ke kan. Tapi hurmm hampa! Asal perut rasa semacam je hati dah rasa eh sakit perut nak beranak ke, tapi sekali lagi hampa jugak! Haha kecewa tahu? ;D
Dan dalam sarat2 ni pun syukur alhamdulilah aku masih larat lagi dan aktif tak mcm org tgh sarat mengandung! Hehe :) yelah, dok sarat2 camni pun gigih ke sana sini settelkan order2 customer, almaklumlah org meniaga kecik2 camnilah. Amik brg kat supplier lah, pergi poslaju lah. Sampai naik mengah dibuatnya! Kena pulak pesen perut aku ni jenis yg kecik je, org kalau tgk confirm takkan sangkalah yg aku ni tgh tunggu hari je nak beranak! Haha ;D jalan pun laju je lagi! Dulu merungut2 kenapa perut kecik, skrg bersyukur sgt2 pulak sbb senang nak bergerak then x penat bwk perut besar2. See.. Allah bagi apa yg kita mampu pikul sebenarnya.
Last checkup masa 38 minggu berat naik lagi sekilo, so total berat skrg dah jadi 56kg! Masa timbang tu mati2lah ingat berat dah takkan naik atau pun turun sikit sebab yelah asyik baca org dok kata kalau nak dekat bersalin mmg berat takkan naik dah, silap2 lagi turun. Tapi aku hehh takdenya! Naik jugak! Haha :D tak taulah kalau checkup minggu ni naik lagi ke idok, berat baby pun tah berapa la agaknya. Hrp2 takla besar sgt, jenuh nak meneran nanti! Kikiki :D ohh cite psl checkup, nurse bgtahu baby pun dah engage! Yeayy happy btl, kalau tak asyik pikir je dah engage ke belum anak aku ni. Sbb tgk perut mcm tinggi je lagi! Pastu org kata lagi senang nak bernafas lah, perut rasa kosonglah kat belah atas. Tapi aku tak rasa pun sume tu, semput je adelah. Maybe sebab perut kecik kot?
Simptom2 spt sakit celah kangkang pun dah mula rasa sikit2, kadang2 je dtg sakit tu. Bila dtg sakit tu tak senang duduk jgklah dibuatnya! So far simptom2 tu jelah pun yg aku rasa, nak berjalan pun laju je lagi. Takde plk rasa mcm ade benda nak jatuh ke kat bawah ni, bak kata org2 yg dah pengalaman mgandung kalau baby dah masuk laluan akan rasa berat je kat bawah. tapi aku takde plk! hehe pelik2 :) lain org mmg lain kan ragam? Alhamdulilah so farAllah permudahkan semuanya, mmg takde masalah kesihatan mau pun masalah baby. Hrp2 masa nak bersalin pun Allah permudahkan jgk, hati ni kepingin sgt2 nak bersalin normal! Semoga Allah perkenankanlah hajat aku ni, hrp2 ada rezeki baby kuar ikut pintu. Skrg tunggu jela tanda2, bab sakit tu mmg x pikir sgt! Malas nak psiko diri sendiri takut nanti hati tak tenang, lau tang sakit mmg sume pun akan rasa sakit. Cuma kita kuat atau tak jela, harapan aku semoga aku kuat semangat itu je.
Baby cepatlah kuar tauuu.. ummi nak awak kuar ari jumaat bole? Hihi.. okay nanti da bersalin kita up entry lain plk ok? Tata ;)
Nah belanja gambar mak buyung tgh sarat ;D
Wednesday, February 11, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment