Tuesday, January 20, 2015
Check up untuk 36 minggu!
Assalamualaikum!
Alhamdulilah, hari ini usia kandungan aku dah pun 36 minggu 3 hari! Weee mcm tak percaya je rasenya tahu2 dah 9 bulan pun mengandung! Pejam celik ada lagi 3 minggu plus2 before edd nanti. Fuhh fuhh nerves pulak! Haha :D so as usual lah bila dah masuk 36 minggu ni akan ada scan untuk kkia aku ni, mmg tak sabar nak tunggu scan sbb nak tahu keadaan baby, sihat ke tak, kepala dah pusing ke blm. Dan paling teruja nak tahu berapa berat baby! Hehe :)
So semalam hari isnin, awal2 pagi dah bgn tak sabar nak pergi klinik punya pasal. Ade 2 appoitment, 1st dgn doktor utk scan baby. And then dgn nurse utk checkup rutin. Pastu kena inject utk 2nd dos kancing gigi. Di pendekkan cerita, after half an hour tunggu turn utk jumpa doktor finally no giliran dipanggil. Lucky me sebab kkia aku checkup ni mmg tak pack sgt pun dgn patient, so mmg tak pernah lagilah tunggu turn berejam2. Alhamdulilah :) masuk je bilik doktor, doktor tanya soalan ckt2 then suruh baring nak scan. Dup dap dup dap ape citelah anak umi dlm perut ni ye! 1st thing doktor bagitahu kepala baby dah pusing ke bawah! Yeayyy lega! Air ketuban pun okay, dan berat baby dah 2.7 kg! Tersengih aku masa ni bila doktor bgtau berat baby, besar jugak dah 2.7 kg. Mmg membesar bagai juara anak umi! Alhamdulilah
Dah settel dgn doktor, appoitment pulak dgn nurse. Timbang berat alaa naik 1kg je dalam masa 2 minggu. Xtaula betul atau tak, tapi ada jgk dgr2 org dok cakap bila dah hujung2 ni memang berat ibu takkan gain sgt dah. Sebab hujung2 ni baby yg akan semakin gain weight! Betul ke? Haha. Cek tekanan darah alhamdulilah okay, then cek degupan jantung baby pun ok jgk. Masa ni nurse dok rasa2 perut aku then nurse cakap "Eh, kepala anak awak ni dah betul2 nak masuk laluan ni. Sbb saya boleh rase kat bawah ni mcm dah padat sgt. Sy rasa awak akan bersalin awal ni" glupppp! Aku masa ni dah sengih2, tang kepala dah ke bawah tu aku okay jela kan. Bila nurse ckp kepala baby dah standby nak turun alamakkk aku dah pikir, mmg x lama lagi dah aku ni! Haha nerves sehhh! Kesat2 peluh kat dahi. Hihi
Aku pun tanyalah nurse normally baby akan engage minggu ke berapa? Nurse kate maybe minggu ke 38. Tapi depends pada org jugak. Ohhh aku pun angguk2 jela. Kepala baby dah engage tak bermaksud akan bersalin awal bak kate kawan2 aku lah.so aku pun malas nak pikir sgt, asalkan baby memang da ke bawah pun aku da cukup2 lega. Takutlah kan kalau2 tiba2 kepala baby pusing balik ke atas ke. Ishhh hrp2lah jangan, hari2 dok doa biarlah dapat bersalin secara normal. Huhu
Dah habis checkup bgtau hubby pasal berat baby, hubby pun cakap besar gak ea syg berat anak kita. Silap2 baby kuar mesti 3kg lebih ni! Huishhh seriau aku dgr laki aku cakap camtu, aku dah xley nak imagine dgn aku bdn sedang2 keciknya nak teran baby lebih 3kg. Wuwuwu i is redho! Semoga Allah permudahkanla hendaknya! Amenn
Untuk 36 minggu ni pun beg baby dari 34 minggu dah siap2 kemas, beg umi dia je tak kemas2 lagi sebab malas punya pasal! Haha. Simptom2 utk 9 bulan ni pun mcm biasalah back pain je memanjang! Dtg sakit belakang tu mmg mcm cacing kepanasan aku x senang duduk! Huhu. Mmg lagi byk rest je kat rumah, housewife sementara lah katekan, mmg memerap jela kat rumah. Cuma kdg2 jelah kuar teman hubby pergi main futsal lah, badminton la. Layankan aje. Hihi
Then simptom2 paling latest adalah skrg asyik rase mcm nak terberak je tapi bila pergi jamban tak pun nak berak! Huhhh! Keputihan pun lately ade jugak keluar. Tp x berbau dan warna pun putih susu je. Risaulah jgk sbb baca blog momtobe ada yg dpt tanda nak bersalin dia keluar lendir2 putih camtu. Bila tnya doktor dgn nurse, dorg kata tu normal. Lau show lendir campur darah. So legalah ckt hati ni. Skrg dah mula nak get ready mental utk bersalin nanti, perasaan tu lbh kpd teruja tak sabar nak tgk baby dpn mata. Asyik tgk gambar 4d baby je kan, tak puas rasenya. Harap2lah baby keluar dgn mudah, semoga Allah permudahkan dan kabulkan hajat aku nk bersalin normal. Amenn :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment