About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Thursday, August 21, 2014

saat2 dapat tahu sudah pregnant! =)

Assalamualaikum

Last entry yg aku update adalah tahun lepas, haishh mmg aku ni pemalas nak update tahap Ya Rabbi. harini saje update coz nak share my very first time dapat tau pregnant! ok excited! so ceritanya mcm ni.. btw aku baru je berkawin pada 3 may 2014, baru je 3 bulan lebih usia perkawinan aku. baru sgtt ok.. alhamdulilah akhirnya dgn izin Allah Taala aku selamat dinikahkan dgn kekasih hati. cewaahh! so mcm biasalah kehidupan after kawin, kalau dah kawin tak pikir psl nak ada baby mmg tak sah! haha aku lah tu salah sorgnya. so kiranya aku ni digelar bunting pelamin la ni. mihmihmih

lepas je balik dari honeymoon 2 hari selepas kenduri belah aku, aku dtg bulan. masa tu mmg da agak da akan period sbb mmg ni time2 dia nak dtg pon. hbs je period aku trs x sabar2 nak conceive baby! kau nmpk x betapa gelojohnya aku nak ada baby? haha! walhal x sampai sebulan kawen pun lagi. masa tu aku lah pakar google, google sana sini tgk cara2 nak conceive! excited kata kau, ari2 google tau! haha bila ingat blk lawak lah pulak. x nyempat2! so gigihla berusaha plus tawakal kpd Allah jika rezeki dtg cepat aku terima je dgn gembira.

so nak dijadikan cerita, 2 minggu selepas period aku dah mula rasa x sedap2 badan! aku ni jenis yg susah sekali nak demam! so bila bdn x sedap2 ni aku dah mula rase pelik, x sedap badan tu lain macam. bukan rasa mcm nak demam tapi eh rase lainlah susah nak explen. kihkihkih! selain dr rasa x sedap badan yg paling ketara buat aku rasa aku pregnant adalah aku rasa mengah2! kau bayangkan sepanjang aku hidup aku hanya rasa mengah kalau aku baru lepas berlari of course lah kan, then naik tangga bertingkat2! tapi kali ni masa nak solat pun mengah alahai, masa qiam pun nak baca fatihah tercungap2 aku! so of course la sbg naluri seorang wanita yg kudus spt aku, mihmihmih akan rasa sesuatu yg pelik! dalam hati dah rasa Eh aku pregnant kot? pastu cpt2 sangkal sendiri Eh takkanla awal sgt? muahaha kunun2 bermonolog dgn diri sendirilah tu.

disebabkan period aku masih blm delay aku pun biarkan jela dulu, kalo da delay lebih dari 5 hari baru nak check UPT. tapiii.. pesen manusia mcm aku ni x reti menyabor! so baru delay 4 hari aku da excited nak beli UPT x sabar2 nak check result! so ajakla laki aku pergi beli, kan patutnya nak check UPT kena pagi2 slps bgn tido kan? aku x.. tgh2 hari buta baru check! kehkehkeh! ok this part aku plg x sabar nak cerita, so before nak check beria2lah aku baca segala instruction bagai. ok now dah phm cara nak check apalagi berderu masuk toilet then check. kena tunggu dalam 3 min x silap nak kua result, masa tu kata kau perghhhh berdebar2nya hati aku ni dah mcm berdebar2 nak pergi interview gayanya! x berkelip2 mata aku tgk Kit tu, mula2 naik 1 line.. tunggu punya tunggu ermmm mcm negatif je sebab lagi 1 x naik pun! haaaa hampa weh masa tu! mulalah sedapkan ati sdri xpe ina kau kan baru kawen, relex dulu.. toksah gelojoh2! padahal aku kecewa dah masa tu, tp dalam masa sama pk positif xpelah mungkin Allah nak bg aku honeymoon puas2 lagi ni. masuk dalam bilik sambil baring tgn di atas dahi, mata pandang siling kunun2 frustla sgt kan.. aku pn tgklah lg sekali UPT tu, sekali Eh??? kenapa mcm ada lagi 1 line tapi kabur??? haaaa masa tu aku dah heran bin ajaib! aku pun google la kenapa kan, baca forum2 ohhhh rupanya kalau mcm tu sebenarnya POSITIF! tapiiiii sebab aku check bkn tgh hari atau hormon HGC aku rendah dats why jadi faint line.

Eh sure ke pregnant ni?? betul ke ni?? tampar2 pipi sendiri kot2 bermimpi ke kan, aku terus tanya kwn baik aku. dorang pun kate UPT jarang menipu, so memang pregnant! aku masih x puas hati lagi ni, bgtau asbend, asbend kata esok check lagi pagi2. esoknya pagi2 aku da check, Alhamdulilah kali ni memang confirm pregnant! syukur padaMu Ya Allah! perasaan masa tu rasa mcm nak berlari2 1 kg bgtau semua org aku pregnant! hahaha.. happy sgt2 masa tu. x sangkalah kan Allah nk bg zuriat pada kami suami isteri seawal ini.

mmg betul apa org kata, perasaan wanita yg mengandung ni sgtlah indah & bahagia sbb kita tahu ada manusia yg sedang membesar dalam rahim kita ni. satu2nya perkara yg kita dapat bg pada suami adalah melahirkan zuriatnya. siapa yg xnak anak betul x? semua wanita nak anak, cuma ada yg cepat atau lambat je. dpat cepat pun jgn riak x baik nauzubillah, takut2 nanti Allah tarik blk rezeki tu. kalo yg lambat pun bersabarlah Allah sdg menguji sebenarnya. insyaAllah ada rezeki yg baik2 akan menyusul selepas itu.

soo... till to the next entry ok? tata =)

3 comments:

Unknown said...

hhaha semangat kak ina cerita.. mcm tgh duk sembang bedepan hehehehe

iena ismail said...
This comment has been removed by the author.
iena ismail said...

haha malu akak =p