About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Thursday, August 21, 2014

simptom2 semasa mengandung

Assalamualaikum,

entry kali ni nak share pengalaman aku sendiri nak hadapi segala alahan2 dek kerana perbuatan suamiku ini! wakaka! masa baru dapat tahu aku mengandung, kandungan baru usia 5 minggu. so aku pun heran dgn keadaan badan diri sendiri sbb aku rasa segar bugar dan cergas spt org x mengandung! makan selera je, apetah lagi mual2 segala tu mmg xde. aku risik2 dgn mak aku, ohhh rupanya mak aku masa mengandungkan kami adik beradik mmg xde alahan langsung. masa tu happy x ingat sbb yeahhh xpyh ade morning sickness, day sickness dan segala ness2 di blkgnya! mihmihmih!

confident kemain aku masa tu yg kunun2nya aku xkan ada alahan lgsg! no ina no!!! sangkaan kau tu meleset sama sekali! wahahaha gelak sambil kesat air mata. masuk je minggu ke 6, jeng jeng jeng! datangla segala sickness yg ditunggu2 oleh ibu2 mengandung, eh yeke ditunggu2? haha! so ini simptom2nya:



1) LOYA-LOYA
   
 aku paling2lah x tahan part loya2 ni! seyes uolss aku ckp, kau bygknlah kau rasa loya all the time? sampaikan nak mkn ke nak minum pun rasa takut kot2 kang mkn muntah. haaa masa ni jenuhla aku dok setiap masa sapu je vick kat perut dan dada aku! pastu ketagih jap bau vick! ari2 toyoh vicks kt hidung! pakai perfume pun masa tu dah x berguna sbb in the end org akan bau vicks kau lg kuat! sob sob! masa awal2 pregnant loya tu just loya jela, blm tahap loya terus muntah. skrg... hurmmmmmm! kemain panjang hurmm aku so phm2 sendiri jela kenapa! mihmihmih


2) PERUT ANGIN

before aku dpt tau aku mengandung, aku asyik terkentut je! hahaha! byk gila babas angin dlm perut ni, after dpt tau pun until now mmg perut byk angin. skrg usia kandungan aku dah 14 minggu lagi dasat angin ni bermaharajalela! skrg mmg xblh biarkan perut kosong, beranilah nak biarkan perut kosong. mmg lps tu muntah jela kerja aku! mkn muntah, mkn muntah! seksa lahai rasa kdg2 tu.


3) MUNTAH-MUNTAH

aku nak taip part yg ni pun rase ngeri! mihmihmih! aku ni punya perangai suka lambat2kan mkn, atau senang kata waktu mkn aku x menentu. kdg2 breakfast aku mmg kelaut, wakaka! pukul 2 atau 3 baru nak breakfast+lunch. dinner tgh2 mlm baru nk terhegeh2 mkn, so mmg aku ni ada penyakit gastrik. bila dah mengandung ni, manalah nak tau kan x boleh biarkan perut kosong? bila x mkn, pastu masuk je makanan. haa kau tunggu stgh jam lps tu, hazab! mmg perut bergelora2 mcm ombak tsunami, adoii menahan jela kalau dah dtg penyakit nak muntah ni. tapi sebenarnya mana blh tahan? x boleh beb.. x lalu nak tahan, mcm cacing kerawit aku x senang duduk kalo da kena camni. in the end muntah jgkkk! keluar segala makanan2 yg aku makan masa tu. sob sob sedihkan cite aku? mihmihmih


4) BENDA YG DULU SUKA SKRG NO MORE!

aku mmg kalo mkn kena mkn nasi kalo nak btl2 kenyang! tekak ni tekak kampung ckt! bila da pregnant, mmg x lalu tgk nasi. seolah2 nasi tu mcm musuh besar aku! hahaha! makan nasi ckt muntah, tgk nasi kepala dah pusing2. adelah one time tu aku mmg lapar nasi, tekak nak mkn sgt. so mak aku masakkanla mcm2 lauk fevret aku. masa mkn selera je, x lama pastu hurmmm muntah. trs hlg selera ape sume. dek krn simptom muntah2 ni jgklah aku sampa menangis kesyahduan mengada2 sbb x larat mkn asyk muntah. laki aku pn naik panik!


5) SAKIT PINGGANG

skrg mmg da start sakit2 pinggang, nak bgn pun rasa nak menangis sbb sakitnya lahai pinggang ni. then mak mertua aku pesan jgn ketuk2 pinggang tu kalo sakit, urut je. ni baru sakit sikit, haa tunggu da nak bersalin nanti. glupppp!! menitik2 peluh aku dengar, seram wehh! huaaaa =(


6) TERINGIN KE MENGIDAM

aku konfius aku ni kategori teringin ke atau mengidam! haha! sebab dari pemahaman aku lah kan, kalo mengidam kita akan nak benda tu sampai dapat kalo x dpt kau meroyan, haa gitula kaedahnya! btl ke salah tanggapan aku ni? dari pengalaman aku yg baru mgandung 3 bulan ni, so far xde lagilah nak makan sesuatu bila x dpt meraung2. haa xde2.. aku jiwa kental. kalo aku nak sesuatu tp xdpt atau xde, aku masih cool. blm lagi tahap balik rumah teringat2! hee belum2.. so aku kategorikan diri aku sbg teringin gedik2 je. hihihi ngade angat! mihmihmih *gelak tutup mulut*


so itu shjlah simptom2 dari pengalaman aku sdri, bajet kunun2 da mengandung 8 bulan gamaknya aku ni bercerita! muahaha! xpelah yg penting aku nk share jgk, atleast korg ley ler dpt serba sdkt information. kan kan kan? ohh ye, so far mood aku masih terkawal sepanjang pregnant. kan ade org kata kalo pregnant kau akan lbh sensitif. hurmmm tapi aku xde lagilah skrg, xtaula da sarat nanti ke mgade2 lebih dgn asbend. Eh tp bab ngade2 aku mmg iye! kihkihkih! bila pening kepala 'B....syg skt kepalalah' sambil buat muka x larat minta diurut! muahaha tu taktik aku korg jgn tiru! =p

ok jumpa next entry pulak ye! assalamualaikum =)


No comments: