Tuesday, January 20, 2015
Check up untuk 36 minggu!
Assalamualaikum!
Alhamdulilah, hari ini usia kandungan aku dah pun 36 minggu 3 hari! Weee mcm tak percaya je rasenya tahu2 dah 9 bulan pun mengandung! Pejam celik ada lagi 3 minggu plus2 before edd nanti. Fuhh fuhh nerves pulak! Haha :D so as usual lah bila dah masuk 36 minggu ni akan ada scan untuk kkia aku ni, mmg tak sabar nak tunggu scan sbb nak tahu keadaan baby, sihat ke tak, kepala dah pusing ke blm. Dan paling teruja nak tahu berapa berat baby! Hehe :)
So semalam hari isnin, awal2 pagi dah bgn tak sabar nak pergi klinik punya pasal. Ade 2 appoitment, 1st dgn doktor utk scan baby. And then dgn nurse utk checkup rutin. Pastu kena inject utk 2nd dos kancing gigi. Di pendekkan cerita, after half an hour tunggu turn utk jumpa doktor finally no giliran dipanggil. Lucky me sebab kkia aku checkup ni mmg tak pack sgt pun dgn patient, so mmg tak pernah lagilah tunggu turn berejam2. Alhamdulilah :) masuk je bilik doktor, doktor tanya soalan ckt2 then suruh baring nak scan. Dup dap dup dap ape citelah anak umi dlm perut ni ye! 1st thing doktor bagitahu kepala baby dah pusing ke bawah! Yeayyy lega! Air ketuban pun okay, dan berat baby dah 2.7 kg! Tersengih aku masa ni bila doktor bgtau berat baby, besar jugak dah 2.7 kg. Mmg membesar bagai juara anak umi! Alhamdulilah
Dah settel dgn doktor, appoitment pulak dgn nurse. Timbang berat alaa naik 1kg je dalam masa 2 minggu. Xtaula betul atau tak, tapi ada jgk dgr2 org dok cakap bila dah hujung2 ni memang berat ibu takkan gain sgt dah. Sebab hujung2 ni baby yg akan semakin gain weight! Betul ke? Haha. Cek tekanan darah alhamdulilah okay, then cek degupan jantung baby pun ok jgk. Masa ni nurse dok rasa2 perut aku then nurse cakap "Eh, kepala anak awak ni dah betul2 nak masuk laluan ni. Sbb saya boleh rase kat bawah ni mcm dah padat sgt. Sy rasa awak akan bersalin awal ni" glupppp! Aku masa ni dah sengih2, tang kepala dah ke bawah tu aku okay jela kan. Bila nurse ckp kepala baby dah standby nak turun alamakkk aku dah pikir, mmg x lama lagi dah aku ni! Haha nerves sehhh! Kesat2 peluh kat dahi. Hihi
Aku pun tanyalah nurse normally baby akan engage minggu ke berapa? Nurse kate maybe minggu ke 38. Tapi depends pada org jugak. Ohhh aku pun angguk2 jela. Kepala baby dah engage tak bermaksud akan bersalin awal bak kate kawan2 aku lah.so aku pun malas nak pikir sgt, asalkan baby memang da ke bawah pun aku da cukup2 lega. Takutlah kan kalau2 tiba2 kepala baby pusing balik ke atas ke. Ishhh hrp2lah jangan, hari2 dok doa biarlah dapat bersalin secara normal. Huhu
Dah habis checkup bgtau hubby pasal berat baby, hubby pun cakap besar gak ea syg berat anak kita. Silap2 baby kuar mesti 3kg lebih ni! Huishhh seriau aku dgr laki aku cakap camtu, aku dah xley nak imagine dgn aku bdn sedang2 keciknya nak teran baby lebih 3kg. Wuwuwu i is redho! Semoga Allah permudahkanla hendaknya! Amenn
Untuk 36 minggu ni pun beg baby dari 34 minggu dah siap2 kemas, beg umi dia je tak kemas2 lagi sebab malas punya pasal! Haha. Simptom2 utk 9 bulan ni pun mcm biasalah back pain je memanjang! Dtg sakit belakang tu mmg mcm cacing kepanasan aku x senang duduk! Huhu. Mmg lagi byk rest je kat rumah, housewife sementara lah katekan, mmg memerap jela kat rumah. Cuma kdg2 jelah kuar teman hubby pergi main futsal lah, badminton la. Layankan aje. Hihi
Then simptom2 paling latest adalah skrg asyik rase mcm nak terberak je tapi bila pergi jamban tak pun nak berak! Huhhh! Keputihan pun lately ade jugak keluar. Tp x berbau dan warna pun putih susu je. Risaulah jgk sbb baca blog momtobe ada yg dpt tanda nak bersalin dia keluar lendir2 putih camtu. Bila tnya doktor dgn nurse, dorg kata tu normal. Lau show lendir campur darah. So legalah ckt hati ni. Skrg dah mula nak get ready mental utk bersalin nanti, perasaan tu lbh kpd teruja tak sabar nak tgk baby dpn mata. Asyik tgk gambar 4d baby je kan, tak puas rasenya. Harap2lah baby keluar dgn mudah, semoga Allah permudahkan dan kabulkan hajat aku nk bersalin normal. Amenn :)
Monday, January 5, 2015
34 minggu kehamilan ♡♡
Assalamualaikum!
Alhamdulilah, pejam celik tup tup dah 34 minggu. Alahai cepat betul masa berlalu, 6 minggu lagi tahu2 dah nak bertukar status menjadi ibu pulak! Macam tak percaya je, baru je kawen bulan 5 tahun 2014 then terus bunting pelamin. Rezeki Allah nak bagi anak cepat katekan, so memang cepat jugaklah nak dapat baby. Alhamdulilah all praise to Allah :)
So, since dah masuk 34 minggu pregnant ni. Biasalah simptom2 normal ibu mengandung antaranya sukar tido malam. Haishh ada waktu cepat je tido, ade waktu lain pulak memang terkebil2 biji mata susah nak lelap. Cthnya macam skrg! Sekarang dah pukul 2.40 pagi kot! Tah buang tebiat hape tak boleh tido, so updatelah jap blog. Konon2 dgn update blog pasni mengantukla ye dak? Hihi.
Sekarang memang kerap sgt dah sakit2 belakang! Asal duduk dalam posisi yg tak selesa hadoii mmg sakit betul belakang ni! T__T ubat untuk legakan sakit ni samaada minta hubby urut atau baring je atas katil then memang lega terus. Org kata sakit belakang sebab baby dah makin membesar, mungkinla jugak. Ke sebab aku ni jenis x byk exercise? Actually bukan tak byk, tp mmg takde exercise langsung pun! Haha. Pemalas nauzubillah aku ni! So disebabkan aritu kena saun dengan makcik time dia urutkan aku, dia kate badan aku urat tegang sebab x exercise. Atleast kena berjalan tak boleh manja sgt duduk je, nanti susah nak bersalin. Haaa da kena saun camtu terus insaf then petang tadi hubby pegi joging aku pun sibuk jugak nak ikut, hehe. Hubby joging 1 tasik aku pun jalan2 jugak sorg2 1 tasik. Pheww lega betul dapat exercise walaupun berjalan je! Pasni nak jadikan rutin setiap ahad! Hehehe
Segala persiapan baby pun belum 100% complete lagi. Pampers baby x beli2 lagi, baju pun act kalau diikutkan cukup dah. Tapi biasalah menjadi seorg perempuan perasaan x puas tu mmg sentiasa ada dalam diri! Haha. So just nak tambah2 je mana yg x cukup lagi. Kalau ikutkan dah masuk 8 bulan ni beg dah boleh kemas2, hurmm tapi aku non hado! Wat derk je x kemas2 ape lg, takpelah hrp2 baby bukan nak kuar srkgla. Tunggu dah 37 minggu ke ats nak kua silakan. Hehe
Last week check up kkia, Hb naik 14 lebih. Puji2 nurse kata jarang ibu mengandung nak dapat reading tinggi camni. Kembang2 hidung aku kena puji! Haha perasan! Nurse tanya makan ape je hb cantik camni. Aku cakap balik, aku memang takde makan ape2. Just makan ubat kk bagi tu jela. Dulu konon2 nak amalkan pati delima dgn susu kambing, sudahnya sampai skrg xde! Last 2 week pun baru terhegeh2 nak minum susu! Walhal org lain awal2 da minum, hadoii pemalas betul aku ni. Itu pn minum susu kdg2 skip! Kekeke --__-- vco pun minggu ni baru nak beli, buat keje sume dah nak last minute. Haishh
Malas pun makin menjadi2! Haha tak tahulah dek penangan mengandung ke atau aku ni mmg pemalas. Wakaka. Tapi skrg xley2, taknak malas2 sgt dah. Kang nak beranak susah plk! Then takut baby pun mengikut jadi malas je. So dengan azam baru 2015 dengan masa yg berbaki lagi 6 minggu kenalah rajinkan diri, walaupn mcm da lewat je kan arghh takpe. Asalkan buat dari takde! Ekekeke :p
Tak sabar dah nak jumpa baby! Seyes excited gilaaa! Kalau org tanya tak nerves ke nak dekat2 ni? Jawapan aku tak! Hamboi brlagak kau! Haha. Nerves tu mungkin bkn sekaranglah kot, skrg lebih kepada tak sabar je. X sabar nak tgk baby itu je.. yelah, kalau asyik pikir takut je nanti nak deliver pun susah. So baik pikir yg elok2 je, insyaallah Allah pun akan bagi yg baik2 je. Amin insyaallah ;) semoga dipermudahkan hendaknya. Okay itu je.. pukul 3 dah pun. Kena paksa jgk mata ni utk tido!
Assalamualaikum :)
Subscribe to:
Posts (Atom)