About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Sunday, November 30, 2014

Scan 3d/4d klinik Fauziah Ampang (Dr ceylnn)

Assalamualaikum!

Excited sgt2 hokay nak cerita bab scan 3d ni! Mahunya tak excited, 1st time nak tgk anak sendiri dalam perut ni. Nak skodeng apa baby tgh buat kat dalam ni, mcm mana rupa dia, sihat ke tidak. Hehe sgt2 excited! :D

So nak dijadikan cerita before nak pergi scan 3d ni aku awal2 dah buat survey mana klinik yg terbaik dan yg paling penting murah! So survey dgn member, dia suggest try survey one of the top clinic utk scan2 ni iaitu klinik fauziah ampang. Try google memang byk sgt review2 dari mommy to be yg dah pernah ke sana! Most of the comment mmg sume kate terbaik & murah!

Aku bab2 murah mmg suka lah kan, so terus decide buat appoitment. Appoitment ni kena buat online booking ye puan2 bukan call klinik tauu, so dari situ kita boleh pilih certain2 date which is date mana yg available. Kebetulan masa aku nak booking tu hari rabu, so the next slot yg free adalah hari jumaat dan sabtu. Jumaat dgn Dr ceylnn, sabtu dgn Dr jezlyn yg ramai sgt recommend tu. Tapi disebabkan aku malas nak tunggu2 sampai hari sabtu, tak sabar kot nak scan baby punya pasal. Arhhh dgn Dr ceylnn pun jadilah asalkan dpt tgk baby! Hihi

Bila dah settel booking nanti dia akan hantar email utk confirm booking kita tu, so yeahhh after dah dapat email tu mmg dah tak sabar2 betul rasenya nak tunggu hari jumaat tu. Kalau boleh cepatkan masa tu mmg lama dah aku buat! So hari2lah aku dok remind laki aku appoitment pukul 5.20 tau b! B balik awal tauuu! Tauuuu! Haha tensen laki aku asyik kena remind je. Yelah aku taknak la lambat2 sgt nanti tak pasal2 appoitment kena cancel mcm tu je! Tapi kisahnya mmg lewat jgk sebab laki aku kul 5.10 baru sampai rumah! Haa sudahnya merempit je pergi klinik dr gombak ke ampang tu! Kalau nak redah jem hari jumaat camtu lg2 kat ampang mau kul 8 pun blm tentu sampai!

Dalam 6.15 camtu sampai jugak klinik, tgk2 org ohh ok takdelah ramai sgt yg nak scan 3d. Yeahhh lega! So tunggu dalam setgh jam mcm tu akhirnyaaa doctor panggil masuk! Masuk dalam bilik doktor senyum2 je, comel jgk doctor ceylnn ni. Muda lagi rasenya! Doktor suruh baring then bermulalah session scan menscan tu! Hihi ;) before scan doktor tanya Edd bila, masa ni kandungan aku dah 28 minggu 5 hari pun. So mmg perfect time lah kan nak scan sebab muka baby mmg clear! Jgn tak tahu otw nak ke klinik mmg bdk tecik dalam perut ni aktif sgt2 ok! Asyik menendang je sampaikan laki aku pun blh rasa dr belakang masa atas moto! Haha nakalnya awk ye baby! ;)

Ok ok sambung cite, doc sapu gel then golek2kan roller tu akhirnyaaaq nampak jgk muka si comel ni! Arhhhhhh comel sgt! Masa ni perasaan tu ya allah tak terungkap dgn kata2!! Speechless sgt2! Punyalah hebat kuasa allah :')


My fevret picture!! Tgklah bibir dia tuuuu! Eyyy geram ;D





Hai anak ummi!! Senyumlah ckt! Hihi


Sepanjang scan tu puaslah doktor pujuk baby suruh senyum! Sikit pun taknak senyum! Hihi :p masa ni dah syak dah mesti baby monyok sebab masa ni tgh lapor! Hahaha siannya anak ummi ye!! Majok ea tak dpt mamam? Hehe. Doktor pandai pujuk baby kalau baby sorok muka dgn tgn dia je mesti dia alih bila doktor suruh alih. Hehe pandainyaaa anak ummi ni! Mula2 nak tgk gender dia sorok, last2 baby tunjuk jgk! Weeee akhirnya mmg dah confirm2lah gender anak ummi ni, instint seorg ibu mmglah tak pernah salah.



Nampak tak ape tu?? Hehe


So alhamdulilah gender baby adalah boy! Terang lagi bersuluh dah mcm gambar kat atas ni, nampak bebirdnya. Hehe ;) good boy syg! Bgs sgt sebab nak tunjuk muka dan tunjuk gender! Pasni senanglah nak shopping sbb dah confirm gender kan :) berat baby pun alhamdulilah dah 1.2kg someting! Doktor cakap baby terlebih berat ckt, hehe but its fine kate doktor sbb bgs. Baby membesar dgn sihat dan aktif! Air ketuban pn ok takde masalah, kepala baby besar ckt kate doktor. Huhu byk pikir kate doktor! Haha pikir apelah tuu ye! Ikut scan doktor ni Edd awal 3 hari iaitu 12 feb. Kalau ikutkan pengiraan 15 feb. So mmg diantara 12 atau 15 lah kann.


Geram sgt dgn bibir dia masa ni!! Tah apelah dia dok kumat kamit tu!! Hehe


Sekarang hari2lah dok angau tgk gambar2 scan baby dgn video baby! Asal tgk je mesti sengih2, tak sabar rasenya nak tunggu baby kuar! Haishh cptlah masa berlalu. Tak sabar dah nak tunggu awk keluar syg! Membesar dgn sihat ye baby! Ummi love youuuu!



2 comments:

Unknown said...

terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye

Unknown said...

Mcm mana nk contact Dr ceylnn ni..