About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Thursday, March 24, 2011

4 tips memujuk lelaki merajuk!

ok..entry ni aku copy dari blog TENTANG CINTA. Berbesar hati  nya lah aku nak share dengan korang semua terutama readers perempuan,lelaki pon boleh baca jugak. mana la tahu tips² ni tak betul ke kan? hehe..
well,act my hubby pon sedang 'merajuk' jugak. tapi bukan lah merajuk kerana cemburu or whatever. tapi sebab dia tengah depressed! orang lelaki ni memang manusia yg simple,aku akui. tapi dalam simple² mereka pon kadang² memeningkan kepala! sape setuju? cth nya macam kes aku lah sekarang ni,my hubby seorang yg x boleh terima tekanan. kalau dia stress sebab dia byk sgt kerja yg x sudah² plus pulak dgn masalah yg lain.
haaa ini lah jadi nya! solution nya,semua org dia ignore termasuk lah aku! T_T  sedih kan? so bila da jadi mcm ni aku pon terpaksa lah bersabar,bila call x diangkat.msg pon x berbalas. kalau aku 1 ari x msg,dia pon ignore jela! sumpah geram!!

Tapi nak buat macam mana,org lelaki majoriti memang mcm tu. kan?? bila dorang ade masalah or stress,dorang rasa jalan penyelesaianya adalah dengan mendiamkan diri. nak dipujuk lebih²,takut makin parah. x dipujuk mcm mana? hurmmm...so dari pendapat aku sendiri,biarkan jela mereka ni. bila dorang dah reda dan tenang,pandai² ko lah nak msg ke call ke..huh! (sambil menaip dgn geram)
ok so ni tips² nya..


1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

=SO MOGA2 TIPS INI DPT MEMBANTU U ALL YG ADE MASALAH CAM GINI YE. SAME LA JUGAK MCM AKU SKRG NI!
ARGHHH TENSEN! HEHEHE..OK BYE..

No comments: