About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Tuesday, August 30, 2011

Selamat hari raya aidilfitri!

Alahai lamenya rase x update blog ni,lebih dari 3 bulan rasenya.. al-maklum lah lappy yg ade wat hal pulak,dah rosak. so arini pada hari raya ni berbekalkan lappy cousin aku dan sedikit mood untuk mengupdate. so there it is!

macam biasa,x perlu bagitau korang mesti da tau ape story aku nak share.. ofcoz la ttg raya kan! HAHA
well,raya kali ni macam biasa je untuk aku,dah x macam dulu.. yela masa kecik2 dulu memang confirm meriah la kan sebab pergi round 1 rumah jiran balik2 bawak duit syiling kaw2 punya! HAHAHA...
sekarang? huhh... kemeriahan tu dah x terasa. bila dah makin meningkat dewasa ni perasaan tu pon da makin berkurangan. korang pon mesti ade yg rasa ape yg aku rasa sekarang ni kan.. dats we call a part of process to growing up! normal rite.. :)

Dan alhamdulilah tahun ni beraya aku dapat bagi duit raya pada parents n family aku. 1st gaji pulak.. ambik berkat kata org! chewaahh...!! HEHE

So... nak wish u all pada followers saya,pada pembaca saya sama ade yg x sengaja terbace atau sedang berblogwalking tu SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. semoga raya tahun ni memberi seribu erti pada kita semua... AMIN!

Monday, July 4, 2011

New journey!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! wahh dah mcm bagi ucapan pulak kan..hehe.
arini ade benda yang aku nak share setelah lame jugak blog ni x berupdate. alhamdulilah dgn limpah kurnia rezeki dariNYA akhirnya aku dapat jugak kerja di sebuah bank yg terkenal jugak di malaysia ni.
sebagai customer services call centre.. salary boleh tahan. salary bagi aku x penting sgt,ape yg utamanya adalah aku dapat kerja yg tetap di sebuah company yg dah establish. so next week kalau xde ape2 rintangan aku akan start kerja. hee.. nervous gilee ok! biasa lah kena pulak darah gemuruh macam aku ni memang all the time nak cuak jela kan..

So tumpuan skrg insyaallah nak fokus betul² pada kerjaya je. cintan cintun nanti dulu ye.. hee yolah tu kan.
dan aku dah pon ade target sendiri apa aku nak capai dalam tahun ni. antaranya nak simpan duit then keluar kereta sebijik. pastu nak bantu family mane yang termampu,yelah selama ni aku asyik mengharapkn belas ihsan dari duit parents je. so skrg ni lepas dah kerja nak bantu dorang pulak.. ermm doakan aku ye.. amin~
itu je nak cerita sebenarnya.. pagi buta camni nak taip entry baru pon x fokus sebab mata dah pedih² nak tido! hahaha.. ok guys senyum selalu ye.. sebab senyum tu kan sedekah! hahaha dah melalut la ni.
SALAM... ;-)

Saturday, April 30, 2011

Telur comel!

macam mana kalau 1 hari tu korang nak goreng telur tibe² telur tu meraung mintak jangan di goreng? haha
scarry kan? atau pon telur² tu buat muka comel ke? hehe...lau aku lah memang x masak la gamaknya,siap bela buat jadi pet lagi! hahaha sebab comel sangat!!! macam mana la orang ni boleh tercetus idea nak wat telur ni jadi macam ni kan? kreatif gileee! rasa macam nak wat 1 lah...mampus kena bebel dgn mak! hee

ALALA COMEL NYE...EYY GERAM!!

ERM SEDAP NYE AWK NI,NAK JILAT CKT! HEHE

ADEHH HBS LAH RETAK WEH!

KESIAN TELUR TU KENA PULAU! HAHA









CSI KE NI? HEHE









GILE GENGSTER!! HEHEHE TP CUTE

Stop judge people!

Hai... siapa pernah di nilai orang lain tanpa usul periksa? sila angkat tangan? mesti ade kan.. normally manusia yang berfikiran cetek dan x terbuka akan macam tu.  ape perasaan korang bila orang lain yang belum cukup kenal perangai korang tibe² ikut suka hati mak dia je nak judge korang? mesti rase nak lempang kan? haha....
macam tu lah yang aku rasa! sakit hati ok!! lagi² orang lelaki..maaf entry ini bukan untuk menghentam kaum adam tetapi ini adalah pendapat dan luahan hati kecik ku ini. chewahhh..bagi yang terasa sila jangan baca ye?

Pengalaman aku sendiri dah banyak kali..kalau x dari pengalaman aku pon banyak member² lelaki aku sendiri pon macam tu jugak. ok... zaman sekarang susah sangat nak menilai hati seseorang. contohnya perempuan yang bertudung. orang akan pikir perempuan ni baik sopan dan bla² whatsoever. macam mana pula dengan yg free hair?? ade yang akan pikir "arghh ni mesti perangai tah pape". betul? ok x cukup lagi..free hair dan agak seksi atau pon orang panggil up to date pada fashion. ape orang akan pikir? ofcoz buruk² betul? kenapa ea?? kenapa mesti nak buat tanggapan yang macam tu? kenal ke kite pada orang tu sebelum nak judge bukan²??

Sangat x baik dan bodoh ok. nak di jadikan cerita aku ade lah berkawan dengan seorang hamba ALLAH ni.. dia cakap dia suka perempuan seksi. then aku cakap balik,"kalau macam tu carilah awek seksi?" tau dia cakap ape? dia xnak sebab dia perempuan macam tu susah nak di jaga! pfttttt...!! ok dari situ kite da tau dia belum ape² dah menilai orang.. jangan di sangka manusia yang baik,pakaian soapn baik pula hati nya.. teringat 1 kisah yang aku pernah baca, ade seorang hamba ALLAH ni dia seorang yang sangat disegani sebab perwatakan dia yang nampak warak.. pakai serban sentiasa. sembahyang x putus².. orang semua memang respect habis lah kat dia tapi ape yang berlaku walaupon pada mata manusia dia nampak baik dan warak. tapi di mata ALLAH manusia ni hina di sisi dia. tau kenapa? sebab hati dia busuk!

Macam aku sendiri bila aku berkawan dengan seseorang aku x berani nak sangka buruk pada orang tu..
ade setengah orang tu luaran mungkin nampak macam sosial dan lain² lagi tapi hati dia? kita tau ke? x kan...?
so kenapa nak judge orang tu sebelum kenal perangai dia? ni lah mentaliti masyarakat melayu sekarang..
kate orang "alaaa kalau xnak kena pandang buruk jgn la pakai seksi².." itu contoh. tu memang betul.. pandangan orang dan tanggapan orang kita x boleh nak kawal. tapi sedar x kita walau macam mana pon manusia tu kite xde hak untuk menilai dia! baik atau jahat nye dia hanya ALLAH sahaja yang menilai..

Berkawan lah dengan semua org dan kenal perwatakan orang tu sebelum menilai.. luar mungkin nampak suci dan cantik tapi dalam siapa tahu? harap² dengan entry ni bagi yang sudi membaca sampai ke habis same² lah kite sedar dan fifkir sekejap.. aku pon bukan lah manusia yg sempurna,kite semua sama.. ade cacat cela. nak nasihat org siapa lah aku.. tapi entry ni bukan tok berceramah tapi sekadar kongsi² supaya ape yg x betul same² lah kite perbaiki. ok? hehe da rase mcam pakar motivasi pulak.. ok guys..salam.. ;)

p/s: niat mmg nak jadi pakar motivasi..ecehhh... perasan! ^^

Wednesday, April 20, 2011

End of Journey

salam.. hari ni dengan bangga nya aku nak mengumumkan bahawa aku da habis L.I!!!! yepieeeeeeeee~
gembira x terkata ok! fuhhhh....3 bulan rasa mcm 3 tahun lama nya! so sekarang ni aku tengah tunggu nak final exam je coz ade lagi 1 paper kena carry. after that merdekaaa! sekarang ni pon aku tengah dok usya² line kerja,yela jenis aku ni bukan nya boleh duduk diam kat rumah. dari aku dok tanam anggur yang memang confirm x akan laku,baik aku membuang masa dengan kerja! betul? 

Btw..aku dapat offer interview di satu bank ni sebagai pegawai customer services kat situ. tarikh nak interview x tahu bila.tapi sumpah nerves! harap² semua nya dipermudahkan ALLAH. aminn~ 
act x berharap pon coz kalau rezeki bukan kat situ so aku redho jela..maybe rezeki di tempat lain? kan?
pray for me guys! muahhhhhhhhhhhhh!!!  

Saturday, March 26, 2011

i'm sick! ;(

Yeahh im totally sick rite now. sakit gastrik ulser! huaaaaa sgt perit ok..i dont know how to get health fast. sekarang aku tengah mengamalkan pantang² yang dinasihat kan oleh doktor. "awk x boleh minum kopi,teh
(my favourite bila ptg!),nescafe,milo". makanan yg masam of course for gastrik person. banyak la lagi sebenarnya! so sekarang kalau pergi hang out minum blur xtau nak order air ape? in the end nya order air suam! haha poor me!
actually dis gastrik dah lama since aku dari sekolah menengah lagi,haha teringat masa mula diserang pedih ulu hati. sumpah sakit macam sakit jantung! huhu..so abah bawa la aku jumpa doktor,doktor kata aku ade gastrik.
then guess what? i didnt believe what the doc say it bcoz wat i tink dat time is what the hell? gastrik? no way! sebabnya aku pikir aku ade penyakit jantung! haha punya lah x matang pemikiran. ape doktor cakap aku x percaya. sekarang bila dah melarat baru nak percaya! ;(   mongok kan saya ni? hee~

So pada readers,jangan tiru perangai aku ni. makan jgn lewat,breakfast jgn skip! ni penting! lunch skip xpe lagi,breakfast dont! nanti jadi macam aku sape susah? korang jugak.. kesimpulannya,kesian kan lah saya sebab skrg pon perut tgh sakit! walhal sekarang jam da pukul 1.19 pagi! huaaaaaaaa i need some food. sob3! ;(

Thursday, March 24, 2011

4 tips memujuk lelaki merajuk!

ok..entry ni aku copy dari blog TENTANG CINTA. Berbesar hati  nya lah aku nak share dengan korang semua terutama readers perempuan,lelaki pon boleh baca jugak. mana la tahu tips² ni tak betul ke kan? hehe..
well,act my hubby pon sedang 'merajuk' jugak. tapi bukan lah merajuk kerana cemburu or whatever. tapi sebab dia tengah depressed! orang lelaki ni memang manusia yg simple,aku akui. tapi dalam simple² mereka pon kadang² memeningkan kepala! sape setuju? cth nya macam kes aku lah sekarang ni,my hubby seorang yg x boleh terima tekanan. kalau dia stress sebab dia byk sgt kerja yg x sudah² plus pulak dgn masalah yg lain.
haaa ini lah jadi nya! solution nya,semua org dia ignore termasuk lah aku! T_T  sedih kan? so bila da jadi mcm ni aku pon terpaksa lah bersabar,bila call x diangkat.msg pon x berbalas. kalau aku 1 ari x msg,dia pon ignore jela! sumpah geram!!

Tapi nak buat macam mana,org lelaki majoriti memang mcm tu. kan?? bila dorang ade masalah or stress,dorang rasa jalan penyelesaianya adalah dengan mendiamkan diri. nak dipujuk lebih²,takut makin parah. x dipujuk mcm mana? hurmmm...so dari pendapat aku sendiri,biarkan jela mereka ni. bila dorang dah reda dan tenang,pandai² ko lah nak msg ke call ke..huh! (sambil menaip dgn geram)
ok so ni tips² nya..


1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

=SO MOGA2 TIPS INI DPT MEMBANTU U ALL YG ADE MASALAH CAM GINI YE. SAME LA JUGAK MCM AKU SKRG NI!
ARGHHH TENSEN! HEHEHE..OK BYE..

Tuesday, March 22, 2011

What do u think if i..?

If i... cerita ttg my whole life story,i mean personal life? korang lagi prefer mane guys? terfikir jugak,ade ke yg nak baca kalau aku cerita kisah cinta aku,peribadi aku.. ade ke?? huhu.. tapi mostly blog sekarang,memang semua akan cerita ttg personal msg². hahaha.. ok²,taknak tiru² org.. yr own blog,so yr own idea!

so..aku nak buat sedikit perubahan dlm blog ni,sedikit je k? nak cerita sikit ttg peribadi aku. hehehe..
maaf kisah hidup aku ni x de lah menarik mana pon untuk di kongsi..

ok to readers,i really need yr comment.. please? just drop some comment ape korang rasa ok x kalau aku cerita sedikit ttg personal? atau u guys have any idea?

Frust Bercinta?

Setiap individu yg pernah bercinta mesti pernah merasai sakitnya putus cinta,btl? aku pn pernah berkali² menghadapi situasi yg same. entry kali ni terdetik di hati nak tulis disebabkan satu artikel mengenai motivasi diri mengapa kite harus bersedih bila putus cinta? memetik kata bijak pandai "cintailah sesuatu itu sekadar saja,kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. dan bencilah sesuatu yg kau benci itu sekadar saja kerana ia mungkin menjadi sesuatu yg kau cinta"

Melalui pengalaman bercinta aku sendiri,putus cinta dah jadi lumrah dlm hidup aku. opss jgn salah fhm,bukan bermaksud aku players ok? mmg sakit rasa nya bila org yg kita sayang sepenuh hati dah x nak teruskan lagi hubungan. bak kata org,mkn x lalu.mandi x basah..eh² tu ayat tok org angau bercinta kan? xpe...ayat tu pon boleh diaplikasikan jugak. bila aku putus cinta,dah tentu aku sedih..tapi kita kena sentiasa muhasabah diri.
yes..aku selalu muhasabah diri,ALLAH tu adil. dia tarik sesuatu yg kita sayang untuk beri kita sesuatu yg kita x jangka²kan. bukan lah ape yg kita ada tu x baik utk kita,tapi mungkin yg baik itu bkn untuk kita tetapi untuk org lain. dan DIA beri sesuatu yg lagi baik dr tu untuk sesuaikn dengan diri kita. btl?

Pengalaman yg ade bukan semua org pernah lalui,kita kena tabah dan sabar! jgn lah rasa bila hilang kekasih hati hidup dah x bermakna lagi dah,ohhh itu semua mainan perasaan. percayalah,bila itu semua berlaku ALLAH nak mengajar kita supaya lebih sedar dan faham bahawa cinta yg hakiki dtg dariNYA! yee..aku pun turut alpa dlm cinta mnusia yg belum tentu menjamin kebahagiaan.

Positif kan fikiran,sentiasa ingat putus cinta bukan bermakna hidup dah berakhir. ia adalah satu permulaan.
permulaan untuk kite lebih kenal dunia dan ragam manusia yg ada. jadikn pengajaran dan anggaplah ia satu pengalaman untuk kita lebih perbaiki diri. alhamdulilah,aku praktikan semua itu. so far benda² tu x pernah menjatuhkan akudan buat aku tersungkur. sebaliknya aku bangun dan kuatkn diri.

Ok..tu je nak share,maaf entry kali ni agak serius dan sedikit jiwang. chewaah..bukan jiwang tapi untuk motivasi diri. untuk pembaca dan jugak untuk diri sendiri jugak. orait..muhasabah diri sentiasa ye? hehehe...
bye..

Tuesday, February 15, 2011

Broga hill hiking

Hai..lame sungguh rasenya x meringankan jari jemari ni tok taip entry baru. bukan nya ape,kate org nak taip sesuatu entry yg bagus (kononnya) perlu ilham dan mood yg baik! haa btl ke? hehehe..x kisah la mane² sebab skrg ni aku nak share entry psl aktivity hiking aku beberapa minggu yg lepas.

Plan hiking ni sbnrnya x dirancang pon,tgh lepak² minum tibe² seorang hamba ALLAH ni buka cerita psl nak hiking BROGA. wahh ape lagi sound intresting,terus aku decide malam tu jugak nak pergi! yg lain pon ok je,so dengan x tido ape nya tros stay sampai kul 5 tok naik BROGA. haha gila kan? seyes masa nak naik tu penat dan  rasa nak pitam! dengan x tido tambah pulak dengan perut kosong,mmg best! ape² pon penat sume hilang bila dapat menikmati keindahan ciptaan ALLAH S.W.T,sgt cantik pemandangan kat atas tu..terpana sekejap. =)






Sunday, January 23, 2011

Murni Discovery ss2,petaling jaya

masa ni new year 2011..ngah tunggu food.

my favourite drink. pink panther!

abaikan muka aku yg agak poyo di situ..bajet candid..hehe

Ok aku mmg suka cite psl food! walau pon aku ni kurus je org nya tp bab makan mmg gile kentang!
haha..aku mmg suka jalan² cari makan! tau je tempat yg best mmg aku akan pergi.. kate org selagi ade nikmat
makan ni so mkn jela ape yg ade kan? nnti dah hilang nikmat 2 camne? telan air liur jela jawapnya..^^

Korang suka western food? kalau suka ni lah tempat nya! tempat ni mmg western food yg plg sedap aku
pernah rasa! food dia plk mmg unik! lain dari yg lain!! rasa jgn cite la kan..perghh mmg gempak laa! hahaha
location dia di ss2 petaling jaya.. tempat dia ala² mamak je pon..xlah cantik cam stengah tempat..mmg sempoi..
nak privacy kat sini mmg xde..sbb dia tepi² jalan dan meja akan di buka depan kedai² yg ada..

Ape yg aku plg teruja ttg tempat ni adalah keunikan makanan dia dan nama mknan yg ade! dan kedai ni xde menu taw..so korg kena lah tnye pelayan dia. Jom lyn pic dan aku dah sediakn map..enjoy!



RAMAI KAN?? MMG MCM MAMAK JE STYLE DIA..
LO SHI FOU @ MEE TIKUS! 

MOZARELLA CHEESE @ CHEESE NAN

KIRI MANGGO SPECIAL,TGH I LOVE U,LAST PINK PANTHER!
SEDAP NYAAA...!!

NI ROTI HAWAII...AKU X PERNAH RASE LG,NNTI NAK TRY LA..HEE~


ROTI DRAGON..MMG SUPERB!

2-1, Jalan PJU 1/3D,, Sunway Mas Commercial Centre, 47301 Petaling Jaya, Selangor, 47301 Petaling Jaya, SELANGOR012-339 2599 – 012-568 0997 

Wednesday, January 12, 2011

Experience is the best teacher!

Seriously aku penat gile kerja dlm masa 3 hari ni,haha.. rasa cam gi berperang lak penat nya!!
pape pon tu sume pengalaman..hope dpt pengalaman yg lbh best dlm masa 3 bulan aku menjalani praktikal ni.
amin...~ (^_^)

Penat² pon sempat ag snap pic! hehe~

Saturday, January 8, 2011

Paranormal activity 2




Wuhuuuu....scarry! aku nak taip entry ni pon da meremang bulu roma! cerite ni mmg terbaik dan awesome!! sepanjang aku tgk cite seram lah before ni,xde cite lain lagi yg dapat lawan kehebatan Paranormal activity!! bagi yg pernah tgk Paranormal activity 1 sebelum ni mungkin tahu lah kan...bagi yg x pernah meh aku nak story mory ckt psl Paranormal 1.

Cite dia mmg simple dan cool! kalau nak di compare kan dgn cite² genre seram yg ade skrg ni,sumenya akn tayangkan hantu btl x? so dari situ mcm² hantu lah korg dpt tgk..mata terkeluar la,pontianak la..mcm² lah..
tapi cite ni xde semua 2!! korg xkn nampak sekor hantu pon dlm ni ok..
imagine korg rakam guna video cam then mcm 2lah dorg punye style movie!

Masa aku tgk cite ni perghh perasaan takut mmg x hengat punya lah! hahaha....
nak terkencing sume ade,menjerit 2 jangan ckp lah kan...nasib masa 2 dlm wayang org x ramai. hihik
sekarang cite ni da pon kuar pawagam,so pada yg minat cite seram..so this is!
pergi la tgk dan sebelum 2 kencing siap²! sebab aku jamin yg no 2 ni confirm lagi seram! huhu...
aku pon nak pergi tgk gak..hahaha. takut nyeeee~
well hope u enjoy guys...!!

Friday, January 7, 2011

Tips berfesyen!




Hai u'olss....wah udah lame rasenya x membebel dlm blog ni!
walhal baru je seminggu! hihi.. al-maklum lah asal nak menaip je mula lah otak beku xde idea!
tapi sekarang idea ade dah,dan aku nak share psl FASHION! wuhuuuu....i likes!

Ok 1st soalan nak tanya. korang suka fashion? hah x suka? ish² x ley geng la camni! 
aku suka fashion,suka tgk orang pakai cantik². bila tgk org pakai lawa mula lah terasa mcm nak pergi je tanya
'akak,sekejap ye,akak beli baju ni kat mane ye?' haha.. boleh x kalau gi sapa org x kenal camtu je? 
haha.. gile kan! soo...

Petua utk korang bergaya adalah:

1.     Perhatikan org. suka perhatikan x bermaksud kena tiru gaya org yg korg perhatikan 2 ok?
          perhatikan then mix N match! mix dgn barang² yg korang dah memang ade kat umah,
          lau xde gi beli! hehe
      
2.     Tak payah cari brg² yg mahal,kalau mahal tapi x cantik nak watpe? cth korg beli brg yg berjenama,harga
         mmg x yah cite la kan..confirm mahal! dah la mahal pastu x lawa! kalau aku jgn harap! beli mahal then  
         pakai,org bukan tahu pon kan? lagi org pandang cam brg murah ade lah,sebab ape? sebab brg yg    
         korang beli 2 x mengikuti fesyen! biar murah asal kan cantik dan selesa! bergaya 2 perlu,mengikuti   
         aliran 2 pon penting,x payah brg mahal² pon xpe...seyes!  

3.    Yang ni plg penting! jgn jadi makcik limah yg pakai dari atas sampai bwh sume same colour! hahaha...
          so colourful ok..sakit mata tgk! jgn u'olss wat camtu..sgt x cantik ok? kalau baju warna kuning,
          seluar plk jgn lah warna kuning jgk! x pernah di buat org taw! hehek

4.    Pilihan kaler mengikut warna kulit pon penting! x caye? cuba korg imagine org yg kulit gelap tapi pakai  
           baju kaler kuning terang? jadi ape? jadi pelik lah! hahaha...x sesuai! cari warna yg soft..
           baru kena..kann?

5.    Bagi yg berbadan besar cari lah baju yg sesuai kaler dan corak,kalau pakai kaler yg terang korg akan 
          nmpak lagi besar..corak pulak kalau berbunga jgn bunga besar² ok?  kalau corak bergaris,cari garis    
          lurus ke bawah! sebab ilusi corak tu akan membuatkn yg bersaiz xxl ini tadi kelihatan kurus.. ni sume 
          fakta ok! bukan auta..hehe. yg kurus pulak cam aku ni,kaler terang2 mmg sesuai dan corak 
          berlawanan cam di atas.

6.   Last but not least..rajin² lah selak magazine.. jangan jadi bodoh sombong ok? before beli baju ke ape ke 
           bwk lah mmbe² supaya dorg ley komen sesuai ke x dangan kite. jangan jadi syok sendiri..hehe!

:: Tips2 ini 100% adalah datang nya dari idea writer ok,bukan copy² taw.. (^_^)


Wednesday, January 5, 2011

Lumrah kehidupan

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...