About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Sunday, November 30, 2014

Scan 3d/4d klinik Fauziah Ampang (Dr ceylnn)

Assalamualaikum!

Excited sgt2 hokay nak cerita bab scan 3d ni! Mahunya tak excited, 1st time nak tgk anak sendiri dalam perut ni. Nak skodeng apa baby tgh buat kat dalam ni, mcm mana rupa dia, sihat ke tidak. Hehe sgt2 excited! :D

So nak dijadikan cerita before nak pergi scan 3d ni aku awal2 dah buat survey mana klinik yg terbaik dan yg paling penting murah! So survey dgn member, dia suggest try survey one of the top clinic utk scan2 ni iaitu klinik fauziah ampang. Try google memang byk sgt review2 dari mommy to be yg dah pernah ke sana! Most of the comment mmg sume kate terbaik & murah!

Aku bab2 murah mmg suka lah kan, so terus decide buat appoitment. Appoitment ni kena buat online booking ye puan2 bukan call klinik tauu, so dari situ kita boleh pilih certain2 date which is date mana yg available. Kebetulan masa aku nak booking tu hari rabu, so the next slot yg free adalah hari jumaat dan sabtu. Jumaat dgn Dr ceylnn, sabtu dgn Dr jezlyn yg ramai sgt recommend tu. Tapi disebabkan aku malas nak tunggu2 sampai hari sabtu, tak sabar kot nak scan baby punya pasal. Arhhh dgn Dr ceylnn pun jadilah asalkan dpt tgk baby! Hihi

Bila dah settel booking nanti dia akan hantar email utk confirm booking kita tu, so yeahhh after dah dapat email tu mmg dah tak sabar2 betul rasenya nak tunggu hari jumaat tu. Kalau boleh cepatkan masa tu mmg lama dah aku buat! So hari2lah aku dok remind laki aku appoitment pukul 5.20 tau b! B balik awal tauuu! Tauuuu! Haha tensen laki aku asyik kena remind je. Yelah aku taknak la lambat2 sgt nanti tak pasal2 appoitment kena cancel mcm tu je! Tapi kisahnya mmg lewat jgk sebab laki aku kul 5.10 baru sampai rumah! Haa sudahnya merempit je pergi klinik dr gombak ke ampang tu! Kalau nak redah jem hari jumaat camtu lg2 kat ampang mau kul 8 pun blm tentu sampai!

Dalam 6.15 camtu sampai jugak klinik, tgk2 org ohh ok takdelah ramai sgt yg nak scan 3d. Yeahhh lega! So tunggu dalam setgh jam mcm tu akhirnyaaa doctor panggil masuk! Masuk dalam bilik doktor senyum2 je, comel jgk doctor ceylnn ni. Muda lagi rasenya! Doktor suruh baring then bermulalah session scan menscan tu! Hihi ;) before scan doktor tanya Edd bila, masa ni kandungan aku dah 28 minggu 5 hari pun. So mmg perfect time lah kan nak scan sebab muka baby mmg clear! Jgn tak tahu otw nak ke klinik mmg bdk tecik dalam perut ni aktif sgt2 ok! Asyik menendang je sampaikan laki aku pun blh rasa dr belakang masa atas moto! Haha nakalnya awk ye baby! ;)

Ok ok sambung cite, doc sapu gel then golek2kan roller tu akhirnyaaaq nampak jgk muka si comel ni! Arhhhhhh comel sgt! Masa ni perasaan tu ya allah tak terungkap dgn kata2!! Speechless sgt2! Punyalah hebat kuasa allah :')


My fevret picture!! Tgklah bibir dia tuuuu! Eyyy geram ;D





Hai anak ummi!! Senyumlah ckt! Hihi


Sepanjang scan tu puaslah doktor pujuk baby suruh senyum! Sikit pun taknak senyum! Hihi :p masa ni dah syak dah mesti baby monyok sebab masa ni tgh lapor! Hahaha siannya anak ummi ye!! Majok ea tak dpt mamam? Hehe. Doktor pandai pujuk baby kalau baby sorok muka dgn tgn dia je mesti dia alih bila doktor suruh alih. Hehe pandainyaaa anak ummi ni! Mula2 nak tgk gender dia sorok, last2 baby tunjuk jgk! Weeee akhirnya mmg dah confirm2lah gender anak ummi ni, instint seorg ibu mmglah tak pernah salah.



Nampak tak ape tu?? Hehe


So alhamdulilah gender baby adalah boy! Terang lagi bersuluh dah mcm gambar kat atas ni, nampak bebirdnya. Hehe ;) good boy syg! Bgs sgt sebab nak tunjuk muka dan tunjuk gender! Pasni senanglah nak shopping sbb dah confirm gender kan :) berat baby pun alhamdulilah dah 1.2kg someting! Doktor cakap baby terlebih berat ckt, hehe but its fine kate doktor sbb bgs. Baby membesar dgn sihat dan aktif! Air ketuban pn ok takde masalah, kepala baby besar ckt kate doktor. Huhu byk pikir kate doktor! Haha pikir apelah tuu ye! Ikut scan doktor ni Edd awal 3 hari iaitu 12 feb. Kalau ikutkan pengiraan 15 feb. So mmg diantara 12 atau 15 lah kann.


Geram sgt dgn bibir dia masa ni!! Tah apelah dia dok kumat kamit tu!! Hehe


Sekarang hari2lah dok angau tgk gambar2 scan baby dgn video baby! Asal tgk je mesti sengih2, tak sabar rasenya nak tunggu baby kuar! Haishh cptlah masa berlalu. Tak sabar dah nak tunggu awk keluar syg! Membesar dgn sihat ye baby! Ummi love youuuu!



Tuesday, November 25, 2014

3rd trimester: 28 minggu ( keputihan & speculum )





Assalamualaikum

Semalam aku pergi wad kecemasan labor room di Hkl sebab aku suspek ade leaking air ketuban dlm pukul 8 malam camtu, pukul 11 lebih baru pergi hospital utk check. Masa tu punya perasaan berdebar2nya Allah jelah tau! Nervous plus takut if yg keluar tu memang betul2 air ketuban. Actually kaki google mcm aku ni memang suka cari bahan bacaan dan baca pengalaman2 momtobe. So mmg before tu lagi dah pernah terbaca ttg leaking air ketuban ni! Bahayanya kalau leaking air ketuban takut air ketuban dalam perut dah kurang so that baby boleh lemas. Bila jadi pada diri sendiri masa tu hoii risaunya aku toksahla cite! Berdebar2 nak pergi hospital masa tu dah mcm nak pergi bersalin je rasa!

Masa rasa mcm cecair jernih keluar tu hati dah mula risau, terus bgtahu hubby. Then minta hubby call mak mertua tanya. Hubby pun cakap ok jom kita pergi hospital sebab takut ape2 jadi, sebab mak mertua aku cakap dah 7 bulan camni pun boleh bersalin kalau masa dah tiba. Mak mertua aku siap pesan bawa baju baby siap2, aku masa tu lagilah panik! Dah sudah kenapa plk kan nak kena bwk baju baby plk ni? Aku bukan nak pergi bersalin pun! Waaa masa tu bertambah2 lah risau kat hati ni. Mak mertua aku dah standby bawa kain batikla ape lah sebab ingat aku nak bersalin. (--,--)

Ambik mak mertua aku kat rumah then gerak pergi hospital, sepanjang nak kena hospital tu haishh mcm2 dalam kepala ni pikir. Mulut tak henti2 doa moga2 yg keluar tu bukan air ketuban! Member2 pulak siap cakap tak payah risau, kena happy kalau tiba2 baby nak keluar sekarang ke! Hoii taknak aku! Seyes taknak sebab baby kan baru 28 minggu! Kalau keluar skrg mcm2 komplikasi boleh jadi, tak sanggup aku nak tgk anak aku dalam incubator! T__T

So bila dah sampai hospital terus pergi kat kaunter bagitahu nurse yg ada malam tu yg aku suspek leaking, salah sorg nurse yg bertugas malam tu nurse india. Haishh kerek betul nurse tu menyampah je bila ingat2 balik, dahla senyum pun taknak. Nak bagi pen kat aku suruh sign borang pun campak2 je pen tu! Hamboii geram je masa tu! Grrrr! Nurse tu pun tanyalah ape masalah sume, dia cakap awk betul2 sure ke tu cecair jernih? Aku cakaplah balik ye sy sure tu bukan air kencing atau keputihan. Then dia ckp make sure betul2 kalau tak kita akan seluk bawah ye dengan spekulum! Glupppp! Aku dgr ayat spekulum tu je berpeluh2 dah aku! Ngeri je rasa bila memikirkan alat mcm mulut itik tu nak masuk bawah vagina ni. T__T disebabkan aku ni suka baca experience orang, majority kate sakit! Eyyy lagilah aku seriau masa tu. Rasa mcm nak je kate kat nurse sebenarnya sy rasa bukan cecair jernih tp air kencing! Wakaka utk elakkan diri dr di seluk2 (--,--)

Tapi masa tu sesal dah tiada guna! Nak taknak kenalah jgk bagi vagina aku ni diseluk2 oleh doktor! Kekeke. Redho jela masa tu, sakit pun sakitlah asalkan dpt tahu result! Nampak tak ketabahan seorg bakal ibu ni? Hahaha :p lps dah isi form ape sume, agak lamalah jugak tunggu nak jumpa doktor. Then doktor lelaki panggil, adoii dahla hensem doktor tu. Muda pulak tu! Aku syak doc tu baru brumur 26 atau 27 mcm tu. Doc pelatih maybe! Doc tu interview aku pun alahai lembutnya lahhhh :p kalah doc perempuan yg ada kat situ! Mcm2lah jugak doc tu tanya, naik segan nak jawap bab2 sensitip ni. Dahla laki aku dari jauh dok pandang je aku, dia risaulah tu doc laki tu seluk2 aku ke kan. Dia tak tau aku lagi risauuuu kalau doc tu yg nak seluk!!

Lepas dah interview ape sume doc suruh masuk dalam bilik tu then baring, masa ni aku syak dah dia mesti nak seluk aku ni! Sekali betul! Masa tu aku sempat lagi tanya yg nak check ni siapa nurse? Nurse kate doc azam tu. Haaaaa terkejut aku!! Terus aku kate aku taknak! Boleh tak aku nak doc perempuan je cek aku? Kalau tak boleh gak aku kena minta izin laki aku dulu. Nasib baiklah masa tu doc perempuan lagi sorg tu kate ok2 boleh! Ya allah lega betul masa tu. Ishh seyes tak sanggup nak bg doc laki yg belek2 tuttt kita. Selagi ada pilihan aku sanggup je pilih utk taknak. Melainkan darurat sgt mng xley watpe la kan? Hehe

Dah baring then buka seluar and panties sume, tak lama lepas tu doctor tu suruh kangkang luas2. Dia seluk gel dulu before nak masukkan menatang tu! Then doc ckp tarik nafas ye puan sy nak masukkan sekejap alat ni, masa dia masukkan tu perit jugaklah sekejap! Aku siap terangkat2 lagi punggung! Nurse sebelah yg ade pun ckp jgn angkat punggung puan, relex je! Dah habis masuk ok takdelah sakit sgt2 pun mcm yg dicerita2kan! Hihi.. maybe doc tu buat slow kot. Then tah ape tah nurse dgn doc tu cakap2 masa dah masukkan tu, dia mcm ckp ohh byk ni patutlah.. ohhh.. gitu.. haha aku blur dah dok pandang2 doc dgn nurse tu. Masa tu doc tanya awk ade bersama ke dgn suami? Aah aku ckp ade! Siap jujur lagi bgtau pagi tadi. Wakakaka :D punyalah sengal itu pun nak bgtau yelah just nak doc make sure kan je.. masa tu doc ckp mmg byk keputihan pun. Tapi belum ade infection lagi! Phewww alhamdulilah lega sgt2 masa tu.

Dah settel check vagina tadi then check baby pulak, doc yg scan tu tah mcm hape je aku tgk. Lama bebenor dok mencari2 kaki baby. Macam tak expert pun iye! Then langsung tak explain ape2, air ketuban ok ke tak. Tahu2 je dah siap terus dia keluar! Ekeleyh doc ni, aku pun malas nak tanya ape2. Sebab dgn mengantuknya masa tu, yelah dah pukul 1 pagi pulak mahu tak ngntuk! Setel ape sume jumpa balik doc azam tu then dia kate boleh balik dah. Just pergi amik ubat utk masukkan dalam vagina je kat farmasi nanti. Sampai rumah dlm pukul 2 pagi lah jugak. Walaupun mengantuk tapi alhamdulilah dapat tahu result pun da lega sgt2. Phewwww

Alhamdulilah sgt2 anak ummi sihat2 je dalam ni, baby kuatkan syg? Hehe.. baby kena be strong ok dalam perut ummi ni baik2. Kalau nak kuar sgt pun tunggu after 37 weeks ok!! Masa tu keluarlah anakku ummi pun lagi da tak sabar! ;)






Tuesday, November 18, 2014

3rd trimester ( scan gender )

Assalamualaikum!

Alhamdulilah! Tu je ayat pertama keluar dari mulut bila scan baby tadi. Hehe! Happy sgt2 bila doktor bagitahu baby in a good condition! :) doktor cakap kepala baby dah kat bawah, berat baby pun dah lebih 1kg untuk 27 minggu punya kandungan! Hehe umi awak asyik makan je baby sebab tu berat baby naik bagaikan juara! :p

Tapi alhamdulilah walaupun byk makan mcm rimau kelaparan, takde kencing manis dan Hb pun still maintain cantik. Yg penting sampai skrg tak pernah kena lagi minum air gula! Wakaka klinik aku ni mmg terbaik bab2 air gula ni. Hehe ckp besar sgt kann? Tau2 next checkup lagi 2 minggu kalau naik lagi 3kg memang hadaplah air gula. Haha takpe2 tak kisah pun.. masa tgh scan tadi tanya2la juga doktor ape gender baby? Yelah ni kan 1st time scan sebab aku tak buat2 lagi detail scan, dan doktor kate gender tuttt tutt tutt. Hehe betul sama mcm ape yg diteka! Alhamdulilah. Hrp2 anak umi kuar gender yg betullah ye! Kalau salah pun alhamdulilah juga, asalkan baby sihat dan sempurna!

Baby sekarang pun makin lama makin aktif! Dia punya aktif tu kadang2 tak selesa dibuatnya! Sebab perut aku ni jenis nipis, so bila baby bergerak2 memang ketara nampak perut bergelombang! Kadang2 tu terbonjol je kaki dia agaknya! Tak kaki maybe siku ke ape ke. Hehe comel pulak bila tgk camtu. Tunjuk kat hubby terkejut je muka laki den tgk! Haha jakon jap dia. Yelah 1st time kan? :)

Ok tu je nak share pun. Till the next entry! ^_^

Hello anak umi! :)


27 minggu pregnant! ;)




Tuesday, November 4, 2014

25 minggu kehamilan

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, lama dah tak up entry baru tahu2 je dah 25 minggu (6 bulan) pregnant. Cepatnya masa berlalu kan! ;D Btw, aku baru je balik dari check up KK tadi. So guess what? Berat overweight dah, naik sampai 3kg! Haha makaiii terkejut den! Kalau dulu before pregnant haishh kau jgn mimpilah nak naik berat badan! Makanlah ape pun, mmg payah bebenau nak naiknyaa! Skrg bila dah pregnant ni makan xdelah byk mana pun tapi naik mendadak. Hehe biasalah kata org bila dah berbadan dua mmg gitu! :p

Dannn yg paling bagusnya KK aku ni takde pulak suruh minum air gula! Muahaha seronok aku! Sebab last check up pun overweight jgk setengah kilo, punnn still tak kena minum. Nurse kate sebab aku 1st time naik 1kg camni, kalau sebelum2 ni asyik naik 1kg terlebih je mmg kena minum dah! So aku rasa best jugaklah sebab mengikut cerita kwn2, KK tempat lain mmg straight ckt! Phewww legaaa :) ohhh.. Hb pun so far cantik je tak pernah lagi drop! Alhamdulilah :) tekanan darah sume ok, pendek kata so far takde ape2 lagi problem. Bgs anak ummi ni ye, hehe ;)

Perut pun makin lama makin maju ke depan! Hihi.. walaupun ada yg kate pregnant 6 bulan mcm aku ni perut still kecik ahhh ada aku kisah? Haha.. yelah, badan pun sedang2 kecik je so kenalah dgn perut yg membesar ni pun comel2 je mcm maknya! Hamboii puji diri sendiri nampak! :p tak kisahla kecik atau besar, asalkan baby sihat walafiat. Itu je yg penting skrg ni. Semoga anak ummi mbesar dgn sihat ye sygg? ;) lagi 2 minggu genap 27 minggu (7 bulan) ada appointment dgn doctor utk scan baby! Weee excited sgt2 nak tgk baby walaupunnn monitor tu doctor je yg hadap sorg2 but still tak sabar jgk sbb nak tahu baby membesar dgn sempurna atau pun tak! Dan dan yg plg utama nak tahu gender baby. Tapiii instint kuat betul kata anak dalam perut ni boy! Hihihi :) org kata selalunya naluri ibu tu mmg tepat. Wallahualam, itu semua kuasa Allah ye dak? Tak kisahla boy or girl hrp2 baby sihat2 je ye? ;)


Gambar masa preggy 23 minggu! Yg latest takde lagi. Hehe :D


So last week ada expo baby kat IDCC shah alam, so sempatlah singgah jap dgn husband beli brg2 baby. Sebab ni baru btl2 nak start shopping, seronoknya perasaan dapat beli brg2 baby tuhan je tahu! Best betul! Haha.. dah balik rumah pun still teringat2! Over betul aku ni kann, wakaka. :D memang rambang mata toksah citelah, rase nak soping sampai ke malam je tp en husband dah jeling2 tgk bini dia mcm org x siuman sume nak membeli. Hehe ;) dapatlah jugak grab lebih kurang dlm 8 helai baju & seluar baby, botol susu brand biasa2 je, barut, sarung tgn dan 1 set mandian johnson! Nak beli pampers hubby kata tunggu next expo nanti, so aku ok jela. Tak baik melwan ckp suami! :p


Btw total lost utk semua barang2 ni adalah dalam rm140++, murah sesangat hokay! Pergi expo mmg puas hati! Ini pun sebenarnya byk lagi yg x cukup, nak kena beli lagi baju basahan lubang2 tu then tambah lagi sarung tgn, sbb socks utk baby byk dah. Sarung tgn je yg takde! Topi pun takde! Huhu.. belek2 brg baby rase mcm ishh mcm byk lagi ni kena beli! Haha takutlah kan x cukup ke, takpe2 next expo kita borong lagi ye baby! Hihi ;)

Selain dari dah mula shopping brg baby, now tgh dok survey2 set pantang mana yg bgs dan murah! Tang murah tu plg penting! Aku survey kebanyakannya set berpantang sume mahal2! Haishh garu2 kepala jap tgk harga, kalau aku pn dah garu2 kepala apetah lg husband aku! Gugur satu2 kot bulu dia! Wakaka :D ikut survey ramai suggest brand tanamera yg plh bgs! Harga yg aku tgk dlm rm300++, mahalkan? Nak buat mcm mana, nak senang kan.. kalau rajin sgt2 blhlah cari satu2 herba tu then buat sdri. Masalahnya kau rajin ke ina oiii? Haha..

Stroller dan carseat pun lps pikir2 takpelah lps dah bersalin dan dah habis pantang baru beli, sebab hubby kata skrg ni kena beli yg penting2 dulu. Baiklah suamiku.. breast pump pun x beli lagi tp dah jumpa breast pump ape yg nak dibeli! Itu nanti kita cite lain entry ok. Bab makanan2, so far aku cuma amalkan minum susu kambing je! Kurma ada je dlm peti ais tapi asyik lupa je nak makan! Haishh! Vco pun nak start minum jgk, pun tgh survey2 jgk ni. Org kate senang utk deliver nanti. So itu jelah kot benda2 yg nak di share, till the next entry!!

Assalamualaikum ;)