About Me

My photo
Aku adalah seorang yg suka berimaginasi,aku suka berfantasi. pelik bkn? pd aku umur bknlah penentu utk aku membataskn diri dari mencapai segala angan²! anggap lah aku adlh sehelai kertas putih yg aku sdg cuba utk melakar warna² di atasnya..aku seorg yg ssh di ramal. ohh cukupla ttg aku..thanks krn sudi membaca blog ini. sekian

Friday, September 12, 2014

Husband & Wife : Suami tak romantik?

Assalamualaikum.

tetiba rasa nak open new entry husband & wife pulak, yelah since aku pun dah berkawen dan bakal menjadi ibu mmg ini jela pun topik2 yg akan diceritakan. cerita dr pengalaman sendri konon2nya, mcmlah dah kawen 40 thn ye dak? ekekeke

aku pasti dan 100% pasti mesti ada yg senasib dgn aku dpt suami yg x romantik, so penting sgt ke romantik ni ea dlm hubungan perkawinan? hamboi lagak mcm penceramah rumahtangga soalan aku tu kan. bagi aku sendirilah kan.. penting atau tak it depends on YOU! yup.. seriously, kalau kau mmg awl2 da target nak suami yg romantik bila jodoh dgn yg kurang romantik atau x langsung of coursela kau frust. bila dah frust mulalah salah2kan suami x romantik! haaa xmo2.. xmo cam gitu ye puan2 atau bakal puan. jgn menidakkan takdir yg Allah dah tetapkan.

In my experience since berkawin atau sebelum berkawin (fasa bercinta & bertunang), aku mmg awal2 dah tahu laki aku ni spesis bukan romantik punya org! sape x jeles hoii bila tgk kwn2 post husband dia makaii punyalah romantik, siap ari2 bagi bunga bagai. T_T

kdg2 ada jgk dalam hati rasa napelah laki aku x mcm tu, kenapalah laki aku x bg bunga? kenapa laki aku xde pun share2 kt fb dia gambar wife dia then caption 'i love you sayang!" kenapa? kenapa? sambil merintih2 dalam hati. haa cam gitulah aku kdg2! hahaha.. biasalah perempuan kan, rasa camtu mesti ada punya. korg jgnlah tipu kalau kate Eh aku relex je, aku xde hal lah laki aku x romantik! ekeley yeke ni? haha..

Dulu before aku kawen, aku dgn suami mmg x sebulu. asl ade masa mesti nak gadoh! mmg gadoh je all the time! sampaikan 1 masa tu hati aku dah rasa ragu2 betul ke nak teruskan perkawinan ni. rasa mcm xde jodoh je sbb ari2 nk gadoh. xley nak ngam kate org.. tgk kapel2 lain kemain lagi sweet alahai kemain! tapi aku ni mcm kena paksa kawen lak gayanya! haha.

Sampai 1 tahap hati da start tawar, tapi perkawinan kena diteruskan sebab family sume dah tahu dan tarikh da ditetapkan pun. dalam tawar2 hati & selalu gaduh tu pn persiapan still diteruskan! kdg2 selalu menangis sorg2 sbb da terlalu stressed asyik gaduh 24 jam! then mak aku pun advised, suruh buat solat sunat istikharah minta petunjuk supaya Allah tetapkan hati.

So aku pun buatlah solat istikharah, minta pd Allah kalau benar2 dia jodoh aku permudahkanlah dan beri petunjuk pd hati aku ni. masa tu mmg lencun baju nangis2 pd Allah berdoa, ajaibnya kuasa doa dan kuasa solat sunat istikharah tu tadi, esoknya hati rasa makin kuat pulak pd suami aku ni. seyes.. perasaan tu rasa mcm yakin sgt2lah bahawa dia lah jodoh aku yg Allah dah tetapkan di Luh Mahfuz!

Bila da yakin camtu barulah lega.. bila dah kawin, mmg gaduh2 yg dulu tu pun xde lagi dah. see.. kdg2 syaitan tu mmg sengaja nak buat kita yg nak berkawin ni x jadi kawen. sbb tu kena minta pd Allah. walaupun suami kita mgkin x sehebat lelaki2 lain yg romantik manjakan isteri, x smestinya suami kita x terbaik utk kita tau. perancangan Allah ni maha hebat dan cantik susunannya. Allah dah tau apa yg terbaik utk kita. kan?

So sambung blk pd topik asalnya.. walaupun husband aku ni kejung tak romantik lsung. tapi percayalahh.. org lelaki ni kdg2 mmg x tunjuk dia syg pd kita, dia takkan ucap I LOVE U, I MISS U LIKE CRAZY, I CANT LIVE WITHOUT U. hamboii kemain kan! walaupn zahirnya dia x ckp sume tu tapi dia akn tunjuk dari perbuatan dia! cth2nya mcm laki aku:

1)  SANGGUP BERSUSAH
     
       1 of the reason aku xley nak tinggalkan asbend aku dulu masa bercinta walaupn ari2 gaduh, adlh kerana sikap dia yg sanggup berssh payah krn aku! imaginelah, jarak rumah dia dr rumah aku kalau x jem ambil masa 40min. kalau jammed lebih 1 jam! tapi.. krn sikap dia yg x kisah susah2 krn aku, sanggup ok dtg jauh2 ari2 nak amik aku bawa aku keluar jalan2 atau sekadar pergi mkn!
       aku bkn xde kereta sdri pun tapi dek krn malas tahap cipan, sanggup sshkan dia masa tu. dia pun ok je x ksh walaupn baru blk keje dgn penat x hilang lagi. pastu kdg2 xde duit pun datang jgk.. sob sob kesiankan? bab duit tu dia diam je x ckp pun! paling mengharukan bila dah keluar dating tu dia hantar aku blk selalunya dah lewat jglah dalam 12 camtu, balik tu confirm2 dia akan tidur tepi jalan sbb x larat punya pasal nak drive sampai ke rumah!!
       so every time kalau aku rasa give up & nak break up aku akan muhasabah diri & pikir balik apa kebaikan2 dia. so that dgn cara itu trust me kita akan rasa lega,


2) SUKA MEMBEBEL TAPI..?

        husband aku ni mmg agak suka membebel compared dgn aku, kdg2 rasa mcm haish bebel je kerja tau. tapi bebelan dia tu tanda dia sayang. btl x? lagi2 kalau pakai pakaian yg dia x berapa kenan cth mcm baju tu x tutup punggung atau tudung tu jarang. haa masa tu get ready jela tadah telinga! hihi


3) RINGAN TULANG

      sebelum kawen mana kita nak kenal btl2 pasangan kita kan? after kawenlah baru kenal ohh camni perangai dia ea, ohh camtu dia rupanya. after kawen barulah aku tahu asbend aku ni very helpful orgnya! kalau aku masak kat dapur mmg jaranglah nak tgk dia duduk kt luar tgk tv x endahkan bini dia tgh berperang kat dapur tu! dia mesti akan sibuk sekali tgk aku masak dan tlg kacau2kan. pastu pakej dgn komen2 yg kdg2 eyyy geram je rasa! rasa macam nak kate Eyyy awk ni, awk masaklah sdri!
 haa gitulah kdg2 kalau aku dah geram sbb dia kdg2 pun kuat komen2 gak. cth mcm Syg, kenapa potong ayam camni salahlah, eh syg.. bkn camtulah masaknya. eh syg, minyak asl byk sgt? fuhhh sabar2.. T_T  tang tu jla pun kdg2 geram, tang lain bila dia nak tlg lega hati. sejuk hati.. hee ;')
   kalau aku x sempat basuh kain dia lah yg tlg basuhkan, tp guna washing machine la bkn guna tgn! tp tu pun dah rasa sejuk hati sbb atleast dia nak jgk tlg mana dia mampu. kalau aku keje dia plk cuti dia lah yg kemas umah, mop2 lantai ape sume. bab mop lantai aku mmg malas, so tu keje dia! wakaka. anyway tq hubby!!


4) AMBIL BERAT

     Laki aku ni walaupn kdg2 mcm xde perasaan je orgnya, walaupun jarang nak tunjuk perasaan dia. tapi aku sbg isteri dia fhm sgt dah perangai dia tu. dia seorg yg ambik berat cuma dia x beria2 tunjuk. cthnya kalau aku sakit ke pening kepala ke, dia xdenyalah nak alololo npe ni ucuk2 b ni, meh b picit kepala tu. kalau laki aku camtu mau aku pengsan kejung x percaya! hahaha.
   dia cuma akan tanya then suruh mkn ubat. haa camtulah jela pun! hahaha sigh! pastu kalau aku balik keje lambat masti dia call tanya kat mana dah skrg. see.. tu kan tanda dia concern? cuma kita je kdg2 nak laki kita btl2 concern mcm dlm drama2 tu.


5) BERI NASIHAT

    manusia pesen aku ni mmg degil dan ssh nak dgr nasihat org kalau aku rasa aku mls nak dgr! sbb tu laki aku kdg2 mengucap panjang je tgk kedegilan isteri dia ni. mihmihmih! tapi dlm keadaan x suka tu pun sebenarnya aku mmg hargai segala nasihat2 dia. cth dia mmg concern psl solat, kdg2 dia akan call tanya syg solat dah? kalau kt rumah itu jgklah soalan dia. kalau belum solat mesti dia bebel! suami yg baik adalh suami yg jaga isteri dia bab2 agama, tegur bila isteri dia buat salah. aku suka suami aku camtu, atleast aku tau dia bknnya jenis nak biarkan je isteri dia x solat ke x tutup aurat ke camtu je. kan nak masuk syurga sama2? ;')


So.. penting sgt ke lelaki romantik2 itu? tepuk dada tanya iman. =)




THANKS FOR EVERYTHING HUBBY! I LOVE U!!






















Thursday, September 11, 2014

Baby bump kecik atau besar?

Assalamualaikum!

Mesti ada yg rasa kenapa baby bump aku kecik ea? kenapa org lain besar?? haa btl tak? kalau ada meh give me five dgn aku sbb aku pun sama je dgn korg! haha!

Yela.. as a first time mummies, for sure persoalan2 yg cam gitu mesti bermain2 dlm kepala kan? kita sbg ibu yg mengandungkan anak kita ni mestilah concern ye dak? camtulah aku! ari2 dok usap perut sambil pikir bilalah baby bump ni nak besar ea mcm org lain punya baby bump! pastu bila tgk kwn2 yg mengandung lebih kurang sama je minggu tapi perut dia lg besar, hoiii jeles kot! seyes jeles! =(

Tapi bila muhasabah diri balik terus rasa xpelah perut kecik asalkan baby sihat, asalkan dia cukup sifat. lain org kan lain pembawakannya.. ada yg baru mengandung 3 bulan tapi perut da mcm 5 bulan, ada yg baru 4 bulan tapi perut mcm 2 bulan (akulah tu) ekekeke =p tapi kan bila dipikir2 balik bgs jgk baby bump kecik ni, tau sbb ape?

Sebab x pyh bali baju meternity, suar jeans pun boleh pakai lagi. pastu kau boleh feeling2 anak dara padahal perut da ade isi! haha kemain kann! so far xde lagilah soalan2 yg menyakitkan telinga spt kenapa perut kecik lah, itulah inilah.. kalau ade meh nak sumbat dgn stoking!

kecik atau besar it doesnt matter at all, yg penting baby tu sihat walafiat. so jgn k perkecilkan hati2 kami yg perut bersaiz kecil ni. kang kecik hati mak tauu..


4 MONTH!



Kecikkan baby bump? walhal dah 17w pun, tu pun sebab baju tu nipis then tarik ke belakang. kalau buat camtu mmg nampaklah baby bumpnya. tapi kalau baju tu loose mmg org takkan perasan mengandung! hehe xpelah asalkan anak dalam perut ni mbesar dgn sihat!

amin.. ;)






Tuesday, September 9, 2014

Pengalaman pertama kali baby menendang! :')



Assalamualaikum!

Last week ada appointment dgn Klinik Kerajaan, masa tu kandungan baru masuk 16w. Nurse yg bertugas masa tu check la degupan jantung baby, uishh perasaan masa tu teruja! mcm tak percaya je ada manusia yg sedang membesar dalam perut ni. subhanaAllah hebatkan kuasa Allah?

Btw, nak dijadikan cerita. masa nurse tgh godek2 perut aku tu, nurse tanya:

Awk dah boleh rasa dah baby menendang?
Errr.. tak pastilah nurse. rase mcm tak je.
Ohhh.. sepatutnya 16w boleh rasa dah.
Ohhh.. sambil sengih2

Errr nurse, perut sy ni keciklah. sebenarnya mcm mana nak tau ea perut tu baby bump ke buncit??
Aik, kenapa? awk rasa skrg perut awk buncit ke? sambil gelak2
Sbb sy baca org kata kalau baby bump bila tarik nafas perut x kempis, tapi.. perut sy kempis.
(ckp dgn muka x bersalah)
Hahaha.. kelakarla awk ni. 1st baby mmglah kecik lagi ;)

Cisss.. malu aku! aku rasa masa tu mcm nk berlari keluar je dari klinik tu sambil tekup muka! mesti nurse tu akan jadikan cerita ni bahan lawak dia dgn nurse2 lain! huaaaa stupid question lah ina! yela nama pun 1st experience kan, soalan2 bodoh tu mmg wajib. bagi aku la,, wakakaka.

So, after kejadian memalukan tu. masuk je 17w aku dah start rasa baby menendang. mcm2lah aku google ade yg kata 1st time rasa baby tendang tu mcm rasa ade rama2 terbang! erkkk.. mesti org tu pernah ade rama2 dalam perut dia kan sampai dia boleh tafsir mcm tu sekali. haha! ade jgk yg kata rasa mcm angin, tapi angin yg lembut tu. aku pun x fhm nak describe mcm mana.

Tapiii... apa yg aku rase. iye! mmg rasa mcm ade angin kat ari2 kita tu. ok.. imagine kalau perut korang tgh masuk angin then angin tu berbunyi2? alaa.. mcm ade cacing dalam perut tu? hahaha. tapi angin yg tu kan kuat dan mmg ketara korang boleh rasa kan? yg ni dia lembut je.. seolah2 mcm ade org dok jentik2 kt dalam perut kau tu tapi jentik slow2lah, haaa gitu! haaa faham x? kalau x faham korang fhm2kan jela ye? ekekeke =p

Itulah detik pertama kali aku rasa! masa tu tgh dok melepak dpn tv lepas balik dari kerja. pastu rasa baby menendang! terus bgtau hubby! excited laki aku dengar,. tapi sayangnya dia pun x boleh nak rasa lagi sebab baby baru kick lembut2. rasenya da 5 bulan ke atas dah boleh rasa ketara kot! Hee

After than that, makin aktif pulak baby ni menendang! tak sabar nak tunggu dah 5 bulan ke atas nak rasa dia tendang betul2 then bagi hubby rasa! heee.. ;')

so itu sajelah.. nak melantak jap. baby dah minta perut di isi! ok bubye!











Friday, September 5, 2014

Happy Birthday Hubby!!

Assalamualaikum!

So, 31st August yg lepas adalah birthday my hubby. anak merdeka laki aku ni! tapi xlah patriotik pun. Haha! 1 week before dalam kepala dah plan mcm2, kalau diikutkan hati mau je aku hire party planner. tapi Non hado lah kan.. non hado duit!

Mula2 plannya nak suprise berdua je, nak beli helium balloon kaler pink & grey then letak atas katil pastu biarkan balloon tu terapung. letak byk2 atas katil tu dgn gambar2 kami berdua diikat kat bwh tali tu. haa cengitulah, aku xtaula korg phm ke x. haha! pastu suprisekan hubby letak kek atas katil dgn birthday kad buat sdri, sweet x idea aku?

Tapiiii.. segala plan tu hanyalah angan2 je! sebabnya aku wassup org yg jual belon tu lgsg x balas2! then nak buat kad tu pun x jadi sebab hubby always ade je dgn aku kt rumah! acane tu nak buat? xkan nak halau dia kuar rumah lak! kang lagi pelik lak laki aku tu.

so.. aku plan baik celebrate kat luar dgn kwn2 baik dia. mesti lagi dia happy! tempat mmg dah ade dalam pale otak aku ni, call restoren tu deal ini bagai plus deal dgn kawan2 dia merangkap kwn2 aku jgk, ok set! sume settel! kwn2 dia pun sume okay je.. bgs btl bila deal dgn org laki ni, x byk karenah. siap ade khas group wassup lagi. tema mlm tu pakai baju putih! tapi non hadolah kan ade yg x pakai pun! cisss

Pukul 12 mlm hari sabtu tu aku buat bodoh je x wish ape kt laki aku, kebetulan budak2 tu dtg rumah lepak2 tgk bola. dek kebosanan melayan dorang tgk bola baik aku masuk tido, dalam 1 lebih hubby kiss pipi aku sambil ckp "Syg x wish pun birthday B kan?" haaa.. terkebil2 aku bgn sambil garu2 kepala kata lupa! wakakaka.. pastu wish jela gitu2. sentap gakla laki aku masa tu. (sori B)

dia keluar bilik aku pun sengih2 sorang2 padahal esok nak suprise dia. so tiba hari dinantikan, pagi tu aku bagitau hubby mlm ni kita pergi dinner berdua sempena birthday dia. dia senyum je..

laki aku asyik tnya je kita nak makan mana? tempat tu kat mana? eh awk ada duit byk ke nak belanja2 ni? bla bla bla bla.. padahal aku pun xtau lokasi restoren tu katne sebab xpnh pergi pun, aku just cakap kt laki aku tempat tu kat Ampwalk ampang. nama tempat rahsia! wakaka

Pastu aku cakap ngan laki aku, kita pakai putih tau. dia pun ikut jela cakap bini dia ni, nasib dia nak pakai. lau taknak mau bergaduh agaknya! kakaka.. otw ke sana aku msg budak2 ni awal2 siap warning sume mesti sampai awal sebelum aku sampai! haa dah serupa mak tiri dah aku masa tu. organizer x bertauliahla katekan!

yg buat spoilnya table kami kt luar! kalau kat dalam mmg cun dah sebab sampai2 je situ dr jauh laki aku dah nampak budak2 ni! haishh.. tapi dari jauh tu pun dia terkejut jgklah. pastu sengih2 mcam kerang busuk! Alalala sukalah tu! pang kang! haha =p

Btw nama tempat tu Flora Kafe Ampwalk, seyes tempat tu cantik! kalau org tgk mesti org ingat high class punya tempat. walhal makanan yg dia serve sume makanan melayu, western ada tapi choice xbyklah plus mahal ckt, alaaa mahal 5 hengget je camtu. mcm kami sume order western jela masing2, mana lalu nak mkan berat2 dah malam camtu.

so ini jela gambar yg ade, bkn xde tapi sume dalam hp. nak transfer pergi laptop cable mcm %@&** so fhm2 jela, ni amik dari Fb je. kikiki

Selamat ulang tahun kelahiran suami! semoga Allah melindungi awak dalam rahmatnya, diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki yg melimpah2, semoga jadi husband yg mithali. taip sambil kesat2 air mata!

I LOVE YOU!

i love you my sweetheart!



tq semua sebab sporting angat! hehe