Assalamualaikum!
Semalam pergi spa finally, punyalah dari dulu nak ke spa. Smlm terlaksana jugak impian kecil ku. Wah gituuu!
Bknlah ape, bdn ni mmg tak pernah kena urut. So nak lah jugak rase di urut, plus aku ni mcm org tua sikit. Sakit2 badan toksah cite lah, then badan lemau dan lemah je! Haishh.. tu namanya dah lame tak bersenam! Haaa kan? Bila tak exercise, makanya bdn tak keluar peluh. Bila bdn tak keluar peluh mcm2 sakitlah datang iye dak?
The best thing is ttg spa ni ialah owner melayu, mase mula2 sampai tu terdengar spa tu pasang cd mengaji! Huishh.. rase terpana sekejap! Dalam hati dah terdetik bgs spa ni, jarang nak jumpa. Dan spa ni pun hanya ambil perempuan shj ye, pekerja pun melayu. Still muda! =)
Decoration dalam spa pun menarik, tak lah besar sgt tp kelengkapan utk spa tu mmg complete lah. Belek2 pamplet pakej ape yg ade so i ave decided utk ambik pajek bidadari at the first, pakej ni ade 5 treatment iaitu:
Herbal sauna
Aromatherapy massage
Full body scrub
Full body mask
Milk bath
5 treatment ni semuanya berharga 200 shj! Mmg berbaloi sbb kalau ambik yg asing2 tu lagi mahal. So dah decide pakej pekerja dia suruh masuk dalam bilik yg di khaskan utk mengurut, dalam bilik ni utk 2 org. Tp mase aku mula2 sampai aku sorg je, tak lama lps tu ade lg sorg sampai. Mula2 je pekerja dia suruh buka semua baju termasuk yg dalam2 dan pakai kain batik lepas, then masuk dalam sauna selama 30min lbh kurang gitulah. Mmg best duduk dlm sauna, aku siap berwhatapps lagi. Haha.. rse mcm nak beli je 1 then letak kat rumah! Amboii byk duit kau?
After dah hbs sauna pekerja dia suruh meniarap atas katil khas tu, ok yg part ni mmg malu dan akward! Yela.. mase nak meniarap tu aku ingat meniarap je dgn kain2 batik tu sekali, rupa2nya pekerja tu pergi tarik kain batik sampai nampaklah ape yg tak patut di nampak! Mihmihmih.. malu oii! Tapi buat2 cool jela kan, takkan nak jerit sambil ckp heii awk nak ambil kesempatan tgk tutt sy ke? Bhahaha
So bermulalah sesi mengurut, part ni mmg terbaik. Depan belakang dia urut, hbs pekerja tu selak semua kain2 batik tu. Malu kitewww tau! Hikhik (kau dah kenapa) -____-
Dalam 45min ke sejam jgklah sesi mengurut berlangsung, time2 tgh mengurut tu sempatlah borak2 dgn pekerja dia. Tanya duduk mane ape semua, kahkah aku mmg busy body dan bajet2 peramah nak berborak. Pastu terpikir2 dalam kepala otak, dah alang2 kat spa baik aku buat facial sekali. So pikir punya pikir, aku ckp ngan pekerja dia nak ambik pakej ratu/pengantin.
Amboii over kau nak ambik pakej pengantin bagai, pakej ratu ni same jgk mcm pakej bidadari cuma add:
Facial
Hot ball massage
Utk pakej ratu/pengantin total rm300 shj. Bg yg nak berkawin bolehlah ambik pakej ni, aku ni gedik2 je nak try sebab ade facial. Mihmihmih
Takpe.. nak dekat kawin nanti definitely will come here.
Ok sambung.. after massage tu berendam pulak kat bath tub utk milk bath! Awwww.. i love this part, air susu yg dia tuang mak aii sedapnya la bau. Sampai terpikir ni mmg susu minum ke cane? Hahaha.. mase dalam bath tub tu mulalah feeling2 princess sambil kocak2 air dan nyanyi lagu nak kawin dgn anak raja. Kihkihkih
Dah berendam dalam 25min camtu buat facial pulak, sambil2 buat facial buat sekali dgn hot ball tu. Hot ball ni ala2 tungku rupanya! Cehh.. mati2 ingatkan ape.
Total hours dalam tu 3 jam.. tak terasa pun tau2 je dah 5.30! Mmg best dan puas hati, sebab2nya yg urut org melayu jgk. Owner pun melayu.. so ni kira spa utk muslimah lah. ^_^
Opss lupa mau habaq, aishah radhiah spa & beauty ni terletak di bdr baru bangi. Syeksen berapa aku tak ingat! Tu nanti korg kena search google ok! Jgn malas.. haippp!
To the next entry.. tata ^^